BUKAN suatu berita yang baik apabila diketahui bahawa kegemaran membaca sudah diatasi oleh kegemaran melihat. Hakikat ini lebih mengejutkan apabila ia berlaku di AS, negara terkuat dan terpelajar di dunia.
Lima buah novel yang layak ke peringkat akhir untuk diberikan Anugerah Buku Nasional AS mendapat jualan tidak lebih 2,500 (ya, dua ribu lima ratus) naskhah. Novel Florida oleh Christine Schutt, laku kurang 200 naskhah; Our Kind: A Novel in Stories, mencecah 2,500 naskhah saja. Yang tiga lagi hanya laku antara 700 hingga 900 naskhah. Ini berlaku 10 tahun dulu; kini keadaan lebih teruk.
Novel yang laku ialah yang berbentuk grafik: penuh kekerasan, ngeri, bermandi darah dan maut. Julung-julung kali novel grafik begitu dipasarkan ialah berjudul Blankets oleh Craig Thompson, cerita alam juvana setebal 600 halaman, diterbitkan dalam tahun 2003.
Dari itu, izinkan saya membuat satu perjalanan ego. Novel sulung saya, Gerhana Di Hati, yang dihasilkan ketika saya menjadi siswa Universiti Malaya dulu, melalui enam kali ulangan cetak, berjumlah sebanyak 25,000 naskhah. Berbanding dengan dulu, saya difahamkan bahawa norma penerbitan novel kini bermula dengan 3,000 naskhah. Jika laku, ulangan cetak sejumlah yang sama akan dilakukan.
Selepas itu, penerbit akan membuat reaksi kepada permintaan pasaran. Daripada apa yang saya tahu, permintaan untuk novel-novel Ahadiat Akashah, seorang penulis paling prolifik dalam kalangan penulis-penulis kini, amat menggalakkan; justeru beliau boleh hidup tegap di atas hasil karyanya.
Dulu, sebarang novel yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dianggap sebagai satu insiden sastera yang boleh dibanggakan. Kini, baik apa pun anggapannya, saya dapati novel terbitan DBP bertajuk Pemburu Mimpi oleh Saleha Hussin adalah novel berbahasa Melayu paling tebal – 1,245 halaman – yang pernah dihasilkan. Sama ada Saleha mendapat pulangan seperti Ahadiat adalah sesuatu yang gamak-gamakan.
Ini mengingatkan saya kepada Ernest Hemingway, pemenang hadiah Nobel 1954 untuk sastera, yang begitu tergalak kerana novel-novel awalnya selepas berhenti daripada menjadi pemberita dengan akhbar The Kansas Star, mendapat pulangan lumayan dan menempatkannya pada asas kukuh sebagai penulis profesional yang kaya-raya.
Kuantiti permintaan hanya datang daripada kualiti karya. Ini tidak dapat tidak. Namun segalanya itu mungkin cerita kelmarin. Jika ia masih tidak berlaku di sini, kemungkinannya berlaku seperti di AS tetap ada. Bagaimanapun, kelmarin adalah relevan untuk hari ini. Esok hanya boleh dijenguk secara realistik apabila apa yang berlaku kelmarin diunjurkan. Inilah yang boleh kita pelajari daripada disiplin ekonomi, bisnes, sejarah, sosiologi malah politik. Firman ALLAH SWT juga sering bermula dengan ‘tidakkah kamu nampak tanda-tanda…’
Maka tanda-tanda kecenderungan membaca berbanding dengan kecenderungan melihat adalah inti persoalan kita kali ini. Akhbar Sinar Harian di tangan anda ini, menurut sumber, laku lebih 100,000 naskhah sehari, dan edisi di talian (online) menghampiri sejuta audiens.
Fakta ini menunjukkan bahawa jumlah pembaca masih lagi ramai berbanding dengan jumlah penduduk Malaysia sebanyak 30 juta.
Jika setiap naskhah dibaca oleh tiga orang, ini bererti satu dalam 100 membacanya, atau satu peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Satu dalam 31 penduduk pula merupakan jumlah pembaca di talian. Saya mengesyaki mereka yang berbega dengan komputer terdiri daripada mereka yang suka melihat gambar-gambar yang ada cerita filem, sukan, panorama tempat dan mereka yang menjadi bahan berita panas. Membaca akhbar di talian adalah anjakan daripada kegemaran melihat apa yang dipaparkan di skrin komputer.
Trend di AS jelas sekali menunjukkan penduduknya kini lebih suka melihat (atau menonton) daripada membaca. Berita baiknya pula ialah mereka sudah bertukar minat kepada suka mengikuti sebarang penulisan yang diilustrasikan dengan gambar-gambar dan lukisan. Ini mengurangkan pemerian kata-kata bertulis. Dengan kata-kata lain, satu halaman bertulis diikuti pula oleh satu halaman ilustrasi. Amat mengejutkan, siswa-siswa universiti pun cenderung membuat begitu. Berita buruknya, penulis fiksi novel dan genre lain tidak mungkin melanjutkan apa yang dialami oleh pendahulu mereka.
Demi kegemaran melihat dan menonton, filem akan kembali semula ke kemuncaknya di bioskop (pawagam), video rumah dan tayangan TV berbayar dengan adanya CGI, reka bentuk canggih dan teknik persembahan yang anggun. Tidak ada yang lebih senang dilihat dan ditonton daripada itu!
* Tan Sri Adam A Kadir mantan Presiden Senat

0 Komentar untuk " Lebih melihat, kurang membaca "