MENGHADAPI kontroversi bukan perkara baru bagi Kassim Ahmad. Dalam tahun-tahun 1950an, ketika sedang belajar dan lulus Universiti Malaya di Singapura, Kassim mencetuskan kontroversi dalam falsafah dan sastera Melayu.
Soal penilaian semula menjadi satu topik yang diminatinya. Beliaulah orang pertama, ataupun salah seorang pertama, yang menilaikan semula konflik Hang Tuah dan Hang Jebat secara bersungguh. Apakah pengertian ‘Tiada Melayu hilang di dunia’?
Apa pula ‘Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah’? Yang pertama itu dikatakan sebagai dialog Tuah, dan yang kedua pengucapan Jebat ketika diburui untuk dibunuh kerana membela kezaliman terhadap Tuah.
Drama radio (ketika itu tiada TV) dan pentas mula memilih tema yang mempersoalkan siapa sebenarnya wira Melayu: Tuah atau Jebat. Di akhir filem ’Hang Tuah’ terbitan studio Shaw di Singapura, P Ramlee sebagai Tuah, bertanya dalam monolognya: “Siapakah yang bersalah – akukah atau Jebat?” Sesuai diingati bahawa Sasterawan Negara Allahyarham Datuk Abdullah Hussin ialah penasihat filem itu.
Husin Hanif pula langsung membuat filem ‘Hang Jebat’ yang tiada silu-silu lagi meletakkan Jebat sebagai wira.
Jika diteliti buku ‘Pelayaran Abdullah (Munshi) Ke Kelantan’ yang diedit oleh Kassim, jelas sekali Kassim mahukan Abdullah dinilai semula dengan baik agar sebarang keraguan kononnya Abdullah ‘tali barut’ Inggeris terpadam.
Justeru ditegakkan kebenaran bahawa Abdullah merupakan intelek Melayu pertama yang merakamkan secara objektif sosiobudaya Melayu dalam pertembungan dengan Inggeris (dan Barat) dan orang-orang lain, termasuk Arab, Cina dan India.
Kelemahan golongan pemerintah dan kealpaan lelaki Melayu dengan habit menghisap candu dan laga lembu dan ayam, sedangkan wanita bertungkus lumus berniaga di pasar, menjadi butir-butir lantang dalam buku itu.
Maka mesej Kassim ialah: Kita jangan salahkan pendatang menjajah dan membolot ekonomi kita kalau begitulah perangai kita!
Sebagai seorang Melayu yang berbakat luas, Kassim juga menulis sajak menyaingi Khairil Anwar di Indonesia yang pernah menggugat pemerintah. Jika Khairil dengan sajak ‘Aku’ yang pendek, persis, mendalam dan kental, begitu juga Kassim dengan ‘Sidang Roh’ nya.
Khairil mengakhiri sajak itu dengan ‘aku ingin hidup seribu tahun lagi’, sedangkan Kassim menutup sajaknya dengan ‘tuhan sudah mati’.
Jika diambil pengertiannya secara langsung, kata-kata itu jelas sekali salah dari segi akidah. Mana mungkin hidup 1000 tahun atau ‘tuhan’ sudah mati! Sebenarnya kata-kata dalam sejak adalah lambang, imej dan manifestasi. Ada orang ber’tuhan’kan wang, kekuasaan dan kepercayaan tertentu.
Maka jika terdapat soalan dalam peperiksaan yang berbunyi: Dari sajak itu, apakah pengertian perlambangan ‘tuhan’ itu? Saya percaya pemeriksa seronok membaca jawapan yang pelbagai, seperti saya sendiri pernah memberi jawapan terhadap apa yang dimaksudkan ‘aku’ oleh Khairil.
Dua puluh tahun dulu, Kassim berkontroversi juga. Karyanya tentang teori dan penilaian semula hadis menjadi gamat. Lantang kedengaran desakan supaya Kassim ditahan semula di bawah ISA.
PM Dr Mahathir dan TPM Anwar Ibrahim sebaliknya bersikap toleran terhadap Kassim. Saya sebagai Presiden Senat ketika itu menghayati sikap terbuka mereka berdua. “Hadis palsu boleh diperkatakan. Institusi hadis jangan dipertikaikan,” kata mereka. Kebetulan, Kassim baru menyertai Umno.
Saya terdorong menulis dalam Berita Harian (BH) 2 September 1995. Tajuk yang diberikan oleh BH ialah ‘Institusi Hadis Tidak Perlu Dipertikaikan’ (bukan tajuk asal saya). Itulah sebabnya ruangan ini, hari ini dipanggil kunjungan semula.
Dulu, hadis-hadis disaring ketat oleh tokoh-tokoh seperti Imam Bukhari kerana 9 dalam 10 adalah hadis palsu, lebih-lebih lagi dalam konflik antara Sunni dan Syiah. Kini, seperti yang Kassim bimbang, timbul lagi banyak hadis-hadis palsu yang mewajarkan perjuangan pihak-pihak tertentu di bumi Arab.
Sejak akhir abad ke-16, Barat mula membuat penciptaan (inventions) yang memungkinkan cara hidup kita kini. Tandas pam, 1589; keretapi, 1802; kereta, 1885; kamera, 1888; filem, 1894; telefon 1871; radio, 1902; kapal terbang, 1903; TV, 1923; komputer, 1944; selari dengan kejumpaan ilmu-ilmu kimia, fizik, biologi dan perubatan.
Ia berlaku setelah selesainya kontroversi pemerintah Kristian dengan kontranya: Martin Luther, Copernicus, Galileo dan Newton; dan menerawang pula Era Gemerlapan (Enlightenment) yang berasaskan toleransi, sains dan skeptisme, sebagai hasilnya.
Itu bukan penilaian kebetapaan saya terhadap Kristian. Itu ialah apa yang sudah berlaku. Ia menunjukkan kontroversi memerlukan toleransi dalam agama, seperti sikap Dr M dan Anwar dulu, yang mampu membuka prospek baru.
* Tan Sri Adam A. Kadir ialan mantan Presiden Senat

0 Komentar untuk " Kassim Ahmad dikunjungi semula "