SEBAGAI saluran komunikasi, bahasa turut berperanan penting untuk mempengaruhi pemikiran dan perlakuan masyarakat. Media pengiklanan produk umpamanya sering menggunakan ungkapan “hadiah percuma” sebagai daya tarikan untuk melariskan sesuatu barangan.
Persoalannya, adakah ungkapan ini menepati ciri bahasa yang gramatis? Bahasa yang gramatis bermaksud binaan perkataan dan susunan ayat yang mematuhi peraturan atau tatabahasa serta mempunyai makna yang logik.
Kesediaan pengguna bahasa untuk mematuhi sistem bahasa bukan sahaja memaknakan imej bahasa yang tinggi, tetapi juga untuk memastikan maklumat yang ingin disampaikan lebih berkesan.
Walau bagaimanapun, dalam penggunaan bahasa yang sebenar, banyak kesalahan bahasa yang dilakukan oleh masyarakat. Hal ini berlaku disebabkan kealpaan pengguna bahasa tentang disiplin berbahasa dalam bahasa Melayu.
Penggunaan bahasa yang tidak gramatis semasa berkomunikasi bukan sahaja menimbulkan imej yang kurang baik terhadap bahasa Melayu, malah turut memberikan gambaran seolah-olah sistem bahasa Melayu masih belum mantap.
Antara aspek kesalahan bahasa yang sering dilakukan dalam kalangan masyarakat terutama para pelajar ialah penggunaan kata yang bersinonim apabila membina ayat. Secara ringkasnya, istilah sinonim berasal daripada perkataan Yunani bermaksud kata yang mempunyai makna sama.
Tidak ramai pengguna menyedari bahawa frasa hadiah percuma tidak gramatis kerana mengandungi makna yang sinonim. Secara logiknya, setiap pemberian hadiah tidak menuntut apa-apa bayaran daripada penerimanya sebab hadiah sememangnya percuma!
Untuk memudahkan pemahaman khalayak pengguna bahasa, saya akan mengemukakan beberapa contoh perkataan bersinonim yang sering diabaikan kewajaran penggunaannya, baik dalam komunikasi lisan mahupun bertulis sekali gus membawa kelewahan makna.
i. Tempoh masa (salah) - Tempoh / masa (betul)
ii. Kemudahan infrastruktur (salah) - infrastruktur / prasarana / kemudahan asas (betul)
iii. Kos perbelanjaan (salah) - kos / perbelanjaan (betul)
iv. Mengulangi peperiksaan semula (salah) - mengulang peperiksaan / peperiksaan semula (betul)
v. Menyara hidup keluarga (salah) - menyara keluarga (betul)
vi. Juga turut hadir (salah) - juga hadir / turut hadir (betul)
vii. Hanya untuk murid sahaja (salah) - Hanya untuk murid / untuk murid sahaja (betul)
viii. Demi untuk negara (salah) - demi negara / untuk negara (betul)
Selain itu, terdapat kecenderungan dalam kalangan pengguna bahasa yang menulis ayat seperti contoh berikut:
i. Punca kemalangan itu disebabkan oleh kecuaian pemandu.
Sebenarnya, ayat ini juga tidak gramatis kerana mengandungi dua kata yang bersinonim, iaitu perkataan “punca” dan “menyebabkan” dalam binaannya. Binaan ayat yang gramatis sepatutnya adalah seperti yang berikut :
i. Punca kemalangan itu ialah kecuaian pemandu.
ii. Kemalangan itu disebabkan oleh kecuaian pemandu.
Begitu juga dengan perkembangan situasi berbahasa dalam media cetak akhir-akhir ini, ada penulis yang menggunakan perkataan sinonim dalam binaan ayat secara tidak tepat. Contohnya:
i. Nasi kerabu cukup sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang.
ii. Piramid merupakan simbol yang cukup sinonim dengan negara Mesir.
Kesimpulannya, sikap berhati-hati ketika membina ayat perlu menjadi amalan supaya kita tidak terperangkap dengan penggunaan kata yang bersinonim dan menyalahi peraturan bahasa Melayu.
Dalam hal ini, budaya merujuk kamus perlu menjadi kelaziman dalam kalangan masyarakat untuk memastikan pilihan kata yang tepat dalam komunikasi.
Sebagai pengguna bahasa, kita bertanggungjawab untuk melestarikan penggunaan bahasa Melayu yang gramatis dan berkesan bukannya berbahasa mengikut selera dan perasaan. Dirgahayu Bahasaku.
* Ruangan ini dikelolakan oleh DBP Wilayah Timur

0 Komentar untuk " Hadiah sememangnya percuma! "