*AHLI Parlimen Kulai, Teo Nie Ching (wanita) prihatin betul mengenai tuala wanita. Beliau merujuk ucapan menteri kewangan 2 Datuk Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah di Parlimen baru-baru ini.
Menurut menteri berkenaan harga tuala wanita – tidak kira jenama – akan turun sebab barang tersebut sebelum ini dikenakan cukai jualan 10 peratus, sedangkan kini GST hanya enam peratus.
Malah dalam Panduan Harga Pengguna yang dikeluarkan Kementerian Perdaganan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan dinyatakan tuala wanita akan turun harga sebanyak dua peratus.
YB wanita itu melakukan semakan di beberapa pasar raya dan mendapati fakta ini: Kotex Soft & Smooth Slim 10 pads, sebelum ini RM3.14, sekarang RM3.39. Libresse Maxi Non Wings 10 pads, biasa RM2.94, kini RM3.19.
Saya tidak faham – dan tidak pernah ambil pot – mengenai tuala wanita. Siapa yang dapat menolong YB Teo dalam hal ini? Kesian dia!
*HARI ini masuk empat hari cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan. Walaupun telah dijelaskan sejak beberapa bulan lalu – menerusi ceramah, lakaran kartun dan pelbagai kempen di media – nyata sekali masih banyak yang keliru.
Seperti yang dilaporkan media kecoh sana-sini pada hari pertama cukai baru ini dimulakan Rabu lalu. Bukan sahaja pelanggan, peniaga sendiri pun bingung dengan sistem yang dikuatkuasakan.
Oleh sebab keliru dan sakit hati, GST diberikan macam-macam erti termasuk – setakat rencana ini ditulis – ‘Geng Songkok Tinggi’, ‘Goyang Sampai Terlondeh’, ‘Geram Sangat Teman’, ‘Gasak Sampai Tertonggeng’, ‘Gusi Semua Ternganga’, ‘Geger Sokmo Tu!’, dan macam-macam lagi.
Malah, ada yang memberi erti berunsur lucah, dan dikaitkan dengan aktiviti malam Jumaat. Tidak sesuai untuk disiarkan di sini, tetapi sudah tersebar di media sosial.
*SETAKAT hari kedua (Khamis), sebanyak 25,556 aduan berhubung GST diterima daripada pengguna @ pembeli yang berasa tertipu dengan cukai baharu ini.
Kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek daripada jumlah itu, 23,871 aduan diterima menerusi sistem telefon mudah alih, MyKira GST, 1,109 (talian hotline) dan 576 (laman e-Aduan).
Dalam waktu yang sama sebanyak 7,630 premis perniagaan telah diperiksa oleh pihak berkuasa, termasuk pasar raya, pasar basah, kompleks beli-belah. Sebanyak 60 surat tunjuk sebab dikeluarkan.
Setakat semalam belum ada lagi fakta dan angka mengenai berapa ramai yang telah dikenakan tindakan, berapa banyak denda telah dikutip, berapa peniaga telah diheret ke mahkamah. Harap-harap sehari dua ini ada pihak yang didakwa kerana kesalahan GST.
*ANTARA aduan yang banyak dibuat oleh pengguna @ pembeli ialah sikap peniaga yang menggunakan GST untuk menipu pelanggan. Ada barang yang disenaraikan sifar GST juga dikenakan cukai berkenaan.
Banyak juga barang yang tidak dikenakan cukai berkenaan, tetapi telah dinaikkan harganya, ada yang naik RM1 hingga RM5 dari harga biasa. Jelas sekali peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati.
Di sebuah pasar raya di Selayang harga susu formula ialah RM26 sedangkan minggu sebelumnya dijual pada harga RM24, lampin pakai buang bayi bagi 80 peket berharga RM35.90 berbanding RM31 sebelum ini.
Kata seorang pembeli: “Barangan bayi sepatutnya tidak dikenakan GST, tetapi saya hairan kenapa barangan ini naik harga malah lebih mahal daripada kebiasaan.” Apa makna sifar GST tetapi harga dinaikkan sesuka hati?
*AKHIR kalam, lari dari GST, kita cakap fasal PR. Kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, seperti yang dilaporkan Bernama, Pas mampu berjuang bersendirian walaupun disingkirkan daripada PR.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat menambah Pas pernah melalui zaman sukar selepas keluar daripada BN, namun mampu bangkit dan menawan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-8 pada 1990.
“Jadi kalau kawan-kawan kita (DAP dan PKR) berkeras untuk berpecah, maka kita tak ada pilihanlah,” tegas beliau. Apa agaknya yang kini difikirkan oleh rakan-rakan lain dalam PR, terutama DAP.
Kita akan melihat PRK Permatang Pauh berikutan kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apakah Pas, PKR dan DAP boleh bekerjasama untuk mempertahankan kerusi tersebut?
TOK PERAK

0 Komentar untuk " GST dan harga tuala wanita "