PERJALANAN ke Kelantan untuk melihat sendiri kepayahan penduduk meneruskan kehidupan selepas banjir pada akhir tahun lalu menyebabkan syarikat Zull Design Autotronic (ZDA), mengambil inisiatif membina rumah transit, Kamazu TransHome.
Pengarah Urusannya, Zulkifli Haron berkata, ZDA dengan kerjasama Kamazu Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat dinaungi, Majlis Amanah Rakyat (Mara) membina rumah transit tersebut sebagai penempatan sementara mangsa banjir.
Menurutnya, Kamazu TransHome adalah rumah transit mobil yang mempunyai keluasan 16 kaki panjang X 12 kaki lebar mampu menampung berat sebanyak 500 kilogram (kg).
“Kamazu TransHome boleh dipasang di mana-mana sahaja dan mempunyai dua bilik tidur, ruang tamu serta dilengkapi lampu solar. Rumah ini boleh menampung berat 10 orang sahaja untuk tidur, bersembahyang dan sebagainya.
“Rumah ini menggunakan bahan daripada besi keluli tahan lasak, papan lapis sebagai dinding dan bumbung yang turut dilapisi kanvas serta dicat menggunakan epoksi menjadikan ia kukuh dan selesa didiami kerana tidak panas,” katanya.
Zulkifli berkata, Kamazu TransHome turut dilengkapi tingkap, almari plastik, tikar getah, panel solar serta bateri untuk menyimpan tenaga elektrik bagi mengecas telefon bimbit dan lampu di malam hari.
“Kamazu TransHome juga boleh dipasang sendiri oleh pemiliknya dan peralatan yang digunakan hanya menggunakan van atau kenderaan pacuan empat roda,” katanya.
Menurutnya, apabila rumah mangsa banjir siap, rumah itu boleh dibuka dan disimpan untuk kegunaan semula pada masa akan datang.
“Syarikat boleh menghasilkan 10 buah rumah dalam masa sehari. Rumah ini bukanlah rumah kekal sebaliknya ia boleh digunakan oleh mereka sebelum memiliki rumah yang lebih baik. Ia sebagai ganti kepada mereka daripada berteduh di bawah khemah,” katanya.
“Berbanding penggunaan khemah yang sesuai untuk perlindungan jangka masa pendek, Kamazu TransHome mampu bertahan selama enam bulan atau lebih, bergantung kepada keadaan mangsa banjir.
Tambahnya, rumah tersebut selesa dan berharga RM20,000 sahaja dan syarikatnya boleh membina rumah yang sama dengan harga RM10,000 tetapi berbumbung zink.
Zulkifli berkata, membuat rekaan prototaip rumah tersebut mengambil masa selama tiga hari sahaja.
“Pelatih Giat Mara dan usahawan muda akan membina rumah ini. Rumah ini juga boleh dijadikan sebagai rumah rehat dalam kebun,” katanya.

0 Komentar untuk " ZDA bangunkan rumah transit "