Tumpu pasaran setiap cawangan Aeon - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Tumpu pasaran setiap cawangan Aeon

SYARIKAT milik Bumiputera AT Cupcakes & Bakeri, yang dikenali menerusi kek cawan di pasar raya Aeon di Lembah Klang, merancang menerokai kesemua pasar raya Aeon tahun ini.

Pengarah Urusannya, Abdul Razak Osman berkata, AT Cupcakes & Bakeri telah menerokai semua Aeon di Lembah Klang dan menerusi siri jelajah bersama Aeon tahun ini pihaknya berhasrat memasuki kesemua pasar raya berkenaan.

"Siri jelajah itu telah bermula di Utara dengan memasuki Aeon Pulau Pinang, diikuti Bukit Mertajam dan seterusnya Taiping dan Ipoh sebelum berakhir di selatan tanah air," katanya ketika ditemui Sinar Harian di tapak AT Cupcakes & Bakeri di IOI Puchong, baru-baru ini.

Menurutnya, sehingga kini AT Cupcakes & Bakeri mempunyai empat kedai tetap di pasar raya itu iaitu di Rawang, Bukit Tinggi, Wangsa Maju dan Aeon Au2 Keramat pada Jun tahun lalu.

Mengulas berhubung sasaran tahun ini, Abdul Razak berkata, AT Cupcakes & Bakeri menyasarkan jualan RM1 juta sebulan, didorong siri jelajah yang berlangsung sepanjang tahun ini.

Abdul Razak berkata, pihaknya kini telah membantu 15 usahawan dengan memperkenalkan 15 produk keluaran mereka menerusi AT Cupcakes & Bakeri.

"Kami masih mengalu-alukan usahawan yang berminat untuk menjadi salah satu daripada keluarga kami di AT Cupcakes & Bakeri," katanya.

0 Komentar untuk " Tumpu pasaran setiap cawangan Aeon "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ