RB intai pasaran India, China - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

RB intai pasaran India, China

SYARIKAT penerbangan milik Brunei Darussalam, Royal Brunei Airlines (RB) bakal meluaskan operasinya ke India dan beberapa destinasi baharu di China dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Ketua Pegawai Komersial dan Perancangan RB, Karam Chand berkata, kedua-dua negara berkenaan mempunyai potensi tinggi berikutan populasinya, ekonomi yang dinamik dan permintaan yang tinggi daripada penduduk tempatan.

Menurutnya, RB juga berminat untuk meluaskan operasi penerbangannya ke beberapa negara antaranya Jepun, Korea dan Taiwan.

“Syarikat ketika ini membuka laluan ke Hong Kong dan Shang Hai dengan kekerapan tiga kali seminggu. Oleh itu, kami akan cuba memperbanyakkan laluan baharu ke pelbagai destinasi menarik untuk penumpang,” katanya selepas majlis pelancaran penjenamaan semula pejabat dan uniform RB, di Kuala Lumpur, semalam.

Karam Chand berkata, semua kakitangan RB menerima latihan pengurusan dan kemahiran untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.

Hadir dan merasmikan majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia, Datuk Alaihuddin Awang Mohd Taha.

Ditanya mengenai pasaran operasi penerbangannya di Malaysia, Karam Chand berkata, Malaysia adalah penyumbang terbesar kepada perolehan mereka selain Singapura.

“Kota Kinabalu, Sabah juga antara penyumbang perolehan kepada syarikat kami Syarikat komited untuk meningkatkan perhubungan dengan Malaysia.

“RB terbang sebanyak 20 kali seminggu ke Kuala Lumpur, 14 ke Singapura dan 12 kali seminggu ke Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, syarikat mempunyai sebanyak 10 pesawat dijangka menerima sebuah lagi pesawat Airbus A320ceo pada Oktober ini yang akan berkhidmat untuk pasaran serantau termasuk Kuala Lumpur.

RB melaksanakan penjenamaan semula sejak 2012 dengan logo baharu dan mengubahsuai ibu pejabat di Kuala Lumpur.

0 Komentar untuk " RB intai pasaran India, China "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ