Program pemilikan istimewa BMW untuk syarikat, PKS - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Program pemilikan istimewa BMW untuk syarikat, PKS

BMW Group Malaysia memperkenalkan Program Korporat BMW Group yang baru di mana organisasi-organisasi, termasuklah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia boleh membeli serta memiliki kenderaan BMW dan MINI pada kos pemilikan menarik bersama pelbagai faedah luar biasa.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata, pengumuman rekod prestasi tahunan paling tinggi baru-baru ini jelas menjadi bukti kukuh terhadap sokongan berterusan daripada para pelanggan setia BMW serta MINI baharu dan sedia ada.

"Dengan program korporat baharu ini, kami ingin terus menawarkan para pelanggan di Malaysia dengan peluang terbaik untuk menikmati pengalaman pemilikan sebuah kenderaan BMW atau MINI yang lengkap," katanya melalui kenyataan media, baru-baru ini.

Sementara itu, program korporat baharu tersebut merangkumi satu tawaran istimewa untuk PKS, pembelian kenderaan untuk kegunaan syarikat dan menambah kereta baharu.

Harris berkata, ia juga terbuka kepada syarikat multi nasional yang mempunyai perjanjian korporat dengan BMW Group untuk membeli model-model tertentu di semua pengedar sah BMW dan MINI di seluruh negara.

"Khas untuk PKS, program tersebut menawarkan rebat sebanyak tiga peratus dengan pembelian minimum dua kenderaan, di mana PKS yang layak terlibat dalam sektor pengilangan dengan perolehan jualan tidak melebihi RM50 juta atau pekerja sepenuh masanya tidak lebih daripada 200 orang.

"Ia juga terbuka kepada PKS yang berada dalam industri perkhidmatan dan sektor-sektor lain dengan perolehan jualan tidak melebihi RM20 juta atau pekerja sepenuh masanya tidak lebih daripada 75 orang," katanya.

Faedah Program Korporat baharu ini boleh dinikmati oleh pasangan kakitangan yang bekerja di syarikat-syarikat kerjasama. Dengan kelulusan daripada BMW Group Malaysia, konsesi itu boleh dilanjutkan kepada anak-anak syarikat berkaitan.

Related Post

  • Teraju jenama SYM SEBUT sahaja SYM, pasti ramai terbayang papan iklan jenama motosikal dan skuter yang gah dipaparkan di lebuh r…
  • Hala vendor tempatan ke taraf dunia DASAR Automotif Negara (Dan 2014) menyasarkan 430 vendor tempatan akan menjadi vendor antarabangsa menjelang 2…
  • Iriz akan pacu jualan Proton SELEPAS beberapa bulan dipamerkan, kereta kompak Proton, Iriz menerima 17,000 tempahan pra-pelancaran setakat …
  • PROTON, PERODUA galas cabaran MODEL Iriz dan Axia (kiri) adalah reka bentuk dua kereta nasional yang menekankan elemen kreativiti dan inovasi. PEL…
  • Proton Iriz Ke Eropah Mac 2015 SUBANG JAYA: Proton Holdings Bhd menyasarkan kereta kompak Proton, Iriz akan menembusi pasaran Eropah dala…
0 Komentar untuk " Program pemilikan istimewa BMW untuk syarikat, PKS "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ