SALAH satu risalah Islam yang berkembang zaman berzaman ialah kepentingan qudwah hasanah atau pekerti yang baik dalam kehidupan. Rasulullah SAW menampilkan qudwah hasanah dalam Sunnahnya dan menjadi sumber ikutan sepanjang zaman.
Untuk menjadikan manusia berakhlak karimah dan memiliki contoh mithali pembentukan watak dan pemurniaan gelagat adalah penting. Tarbiyyah ruhiyyah yang membangun hati dan diri menjadi prasyarat utama kepada binaan iman dan takwa. Jiwa muttaqeen menjadi indikator karamah insaniah (kemuliaan diri insan) oleh ALLAH (al Hujurat:13).
Jiwa muttaqeen membentuk watak ibu dan ayah untuk menjadi sumber ikutan anak-anak. Pembentukan sahsiah anak-anak sejak awal umur bergantung kepada pendidik awal iaitu ibu dan ayah. Untuk menjadi ayah dan ibu mithali, mereka perlu mempunyai ilmu dan mampu mengunggulkan akhlak dan menjadi sumber ikutan kepada anak-anak.
Seorang murid atau pelajar menjadikan guru atau pensyarah sebagai sumber mendidik diri dengan ilmu, kemahiran, adab dan juga pengalaman. Pada diri guru atau pensyarah yang berwatak murabbi, mualim dan muaddib bakal terbina murid atau pelajar yang memiliki kualiti ihsan yang tinggi.
Seorang rakyat menjadikan pemimpin sebagai sumber ikutan. Pemimpin di segenap lapangan yang mempunyai kualiti manusiawi yang tinggi dan sifatnya menyantuni akan menjadi sumber ikutan rakyat. Ia sangat penting supaya antara pemimpin dan rakyat terjalin ikatan taklif (amanah) supaya keadilan tegak, kejujuran terjadi dan kebijaksanaan berlaku.
Asas penting menghasilkan watak qudwah ialah ilmu yang sepadu (akliah dan nakliah), mematuhi sunnah Rasulullah SAW, beriman dan beramal serta sentiasa melihat kehidupan ini sebagai amanah untuk disempurnakan supaya lahir adab dan tamadun yang sifatnya mensejahterakan umat manusia.
Dewasa ini keutamaan contoh tidak lagi kepada kualiti rijal yang manusiawi. Sains dan teknologi dilihat sebagai “tuhan-tuhan” baru yang disembah sebagai lambang kemajuan dan perubahan. Dalam tradisi Islam, sains dan teknologi selamanya alat bukan matlamat. Keupayaan sains dan teknologi meningkatkan akal budi insan adalah matlamat.
Manusia moden dan pasca moden kini, banyak bergantung kepada upaya akal dan rasional. Untuk mencari kebenaran mutlak akal adalah segala-gala. Dalam tradisi Islam akal dan naqal (wahyu) bergandingan. Ada aspek yang nyata (tangible) yang boleh diteroka oleh akal dalam keterbatasannya. Ada aspek yang tidak nyata (non-tangible - ghaib) yang memerlukan pedoman akal untuk memahaminya.
Lalu contoh manusia masa kini sering dirujuk kepada para saintis dan teknologis, para selebriti di media dan seniman penghibur yang penuh nafsu-nafsi, juara-juara sukan dalam pelbagai lapangan. Ia tidak merujuk kepada para ilmuwan dan ulama yang berwibawa dan berintegriti, sebaliknya merujuk jenis hiburan dan aplikasi internet atau maya yang membawa kelekaan dan kelalaian. Atau kepentingan adab, etika dan kesantunan yang tinggi.
Kehilangan adab kepada warga moden dan pasca moden menjadi suatu penyakit yang semakin parah. Manusia menjadi oportunis dan egois kerana kedudukan, darjat dan pangkat dan ia menyebabkan kehilangan adab terjadi.
Amat penting kehidupan manusia kini dibina dengan ketinggian adab yang sifatnya menyantuni. Ia hanya boleh berlaku sekiranya ilmu yang benar menjadi sumber asuhan dan pendidikan. Dalam tradisi Islam sumber ilmu yang benar datangnya daripada ALLAH (al-Quran). Ia diterjemahkan dalam peribadi contoh seperti Rasulullah SAW supaya ia menjadi sumber ikutan untuk umat manusia.
Sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW adalah warisan terbaik yang memandu kehidupan manusia. Daripada ketegasan Rasulullah SAW mengungguli perjuangan terhadap aqidah tauhid dan membebaskan manusia daripada amalan syirik kepada ibadah khassah (khusus) dan ammah (umum) memperlihatkan jiwa abdillah (hamba) dan khalifah, perlaksanaan syariah dalam diri, keluarga, masyarakat dan sistem serta tercerminnya akhlak karimah dalam dakwah, jihad dan pengurusan diri dan sistem contoh mithali sentiasa tercermin.
Tanpa qudwah, manusia akan hilang sumber teladan dan ikutan. Menyeleweng dari tuntutan al-Quran dan Sunnah ia boleh melahirkan firqah (kumpulan) yang sesat. Islam melandaskan al-Quran dan Sunnah sebagai sumber ikutan. Ia dijamin oleh Rasulullah SAW sebagai pedoman yang tidak akan membawa manusia sesat selama-lamanya.
* Prof Dr Sidek Baba ialah pensyarah di Insted, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

0 Komentar untuk " Pentingnya qudwah dalam kehidupan "