Ada kegelisahan ketara ditunjukkan oleh sebahagian masyarakat Islam terhadap peristiwa perselisihan terbuka dua agamawan dan pendakwah yang dikenali umum baru-baru ini.
Sumbangan media perdana dan sosial melaporkan perselisihan itu menghangatkan lagi tumpuan dan keadaan. Pada pendapat penulis, perselisihan terbuka sedemikian boleh dielakkan sekiranya adab dan etika dalam menguruskan kesilapan serta kekurangan dalam kalangan agamawan dan pendakwah dihayati dan dihormati.
Masyarakat umum memandang tinggi kedudukan agamawan dan pendakwah sebagai mercu teladan yang boleh dijadikan contoh terhadap langkah dan usaha perubahan diri ke arah kebaikan sejajar tuntutan agama. Oleh itu, sebarang kekurangan akhlak yang ketara ditunjukkan oleh agamawan dan pendakwah akan mudah menjadi persoalan besar dan tumpuan.
Tangani perbezaan pendapat secara beretika
Pada perspektif masyarakat awam, agamawan dan pendakwah ialah golongan yang mencapai tingkat hikmah atau kebijaksanaan yang tinggi. Dengan hikmah dan kebijaksanaan yang dimiliki itu, semestinya golongan agamawan dan pendakwah lebih mengetahui etika dan adab terbaik bagi menangani sebarang bentuk perbezaan pendapat yang terjadi. Menerusi hikmah yang dimiliki, mereka seharusnya lebih mengerti akibat buruk perselisihan terbuka antara golongan agamawan terhadap imej agama dan masyarakat Muslim keseluruhannya.
Perspektif masyarakat Melayu-Islam terhadap kedudukan tinggi golongan agamawan dan pendakwah banyak dipengaruhi oleh pandangan kesufian dalam menanggapi realiti di dunia ini. Dalam tradisi pengajian ilmu sufi atau tasawuf, ada istilah yang dinamakan sebagai 'insan sempurna' atau insan kamil. Istilah ini menggambarkan suatu cita-cita mengenai tingkat kedudukan tinggi yang perlu didambakan setiap insan Muslim. Dalam tafsiran lain, darjah insan kamil ialah suatu yang mesti dicapai kerana ia adalah manifestasi konsep al-ihsan, pecahan ketiga daripada pengertian agama selain iman dan Islam seperti dimaksudkan oleh satu hadis oleh Rasulullah SAW. Seseorang yang mencapai tingkat insan kamil atau menghayati al-ihsan adalah individu yang mencapai tahap kesempurnaan rohani tertinggi dari perspektif kerohanian Islam.
Pandangan berasaskan pengajian kesufian ini amat sebati dengan kehidupan umat Melayu-Islam sejak dulu sehingga sekarang. Ia mempengaruhi kerangka berfikir atau paradigma mereka dalam menanggapi pelbagai persoalan dalam kehidupan ini.
Agamawan dan pendakwah adalah golongan contoh yang menjadi sumber pendorong kepada proses pembaikan diri sejajar tuntutan agama.
Apakah ini bermaksud masyarakat mendewakan agamawan dan pendakwah ke tahap tidak melakukan kesalahan? Tidak. Masyarakat memahami sepenuhnya iaitu agamawan dan pendakwah juga adalah manusia biasa yang tidak terpisah dengan kelemahan dan kesalahan. Namun, masyarakat tidak boleh menerima sekiranya agamawan dan pendakwah berkelakuan seperti orang yang tidak terdedah dengan pendidikan keagamaan dalam menyelesaikan perselisihan dan perbezaan pendapat dalam urusan agama dan ummah.
Jaga adab percakapan
Misalnya, apabila berlaku tuduh-menuduh atau pelabelan tertentu, mereka seharusnya menunjukkan perlakuan mulia menerusi percakapan dan tulisan serta sopan dengan memelihara kehormatan dan adab selaku golongan yang dikurniakan hikmah. Mereka tidak wajar memperlekehkan atau merendahkan kedudukan agamawan atau pendakwah yang bertentangan pendapat dengan mereka secara terbuka sehingga boleh mempengaruhi sikap masyarakat awam terhadap kedudukan agamawan dan pendakwah atau institusi yang mendokong perjuangan keagamaan di negara ini.
Pada masa depan, agamawan dan pendakwah perlu lebih berhati-hati menangani permasalahan keagamaan. Kita seharusnya tidak membebankan perselisihan isu agama bersifat khusus yang memerlukan penelitian ilmu tinggi oleh kelompok berkeahlian sahaja, kepada masyarakat awam. Dalam tradisi keilmuan Islam, ilmuwan meletakkan disiplin khusus kepada agamawan dan pendakwah supaya membicarakan persoalan keagamaan mengarah ke arah perpaduan dan kesatuan masyarakat. Nasihat sarjana Muslim, Ibn Rushd (1126-1198) yang menyusun satu etika dan adab perbahasan agama bagi tujuan mengelakkan perselisihan dan pertelingkahan dalam kehidupan masyarakat wajar diteliti dan ditekuni khusus nanti kerana ia penting menjadi panduan dalam konteks negara kita hari ini.
Kehormatan tinggi masyarakat terhadap agamawan dan pendakwah hendaklah sama-sama dijaga dan dipelihara. Ruang musyawarah hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengatasi segala bentuk perbezaan pandangan yang wujud. Tegur menegur dan nasihat secara sopan dan terselindung lebih wajar diutamakan, elak penggunaan bahasa kasar dan keras secara terbuka. Andainya sesuatu kesilapan boleh ditegur secara lisan, tidak perlulah tulisan digunakan. Agamawan dan pendakwah mercu teladan kepada masyarakat.

0 Komentar untuk " Pendakwah, agamawan mercu teladan ummah "