PAS Pertahan Kerusi DUN Chempaka, Majoriti 10,092 Undi - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

PAS Pertahan Kerusi DUN Chempaka, Majoriti 10,092 Undi

PETALING JAYA: PAS mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada pilihan raya kecil (PRK) pada Ahad dengan majoriti 10,092 undi.

Calon PAS yang diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42, memperoleh 10,899 undi.

PRK DUN Chempaka ini menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon bebas.

Empat calon bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55; dan ahli perniagaan Aslah Mamat, 64.

PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, pada 12 Februari lepas.

Berikut adalah keputusan PRK DUN Chempaka:

1. Fadzillah Hussin (Bebas): 89 undi

2. AHMAD FATHAN MAHMOOD@MAHAMAD (PAS): 10,899 undi

3. Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas): 51 undi

4. Aslah Mamat (Bebas): 27 undi

5. Sharif Mahmood (Bebas): 807 undi

Jumlah mengundi: 12,013

Peratus: 55.0051 undi

Undi rosak: 140

Majoriti: 10,092 undi

Penyandang: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS)

Undi diperolehi: 2013: 12,310

Majoriti: 6,500

0 Komentar untuk " PAS Pertahan Kerusi DUN Chempaka, Majoriti 10,092 Undi "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ