Optimis sasaran eksport tercapai - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Optimis sasaran eksport tercapai

KEMENTERIAN Perusahaan Perladangan dan Komoditi yakin mampu mencapai sasaran eksport kayu dan produk kayu bernilai RM53 bilion menjelang tahun 2020 selari dengan Polisi Industri Perkayuan Negara (NATIP).

Menterinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, buat masa ini nilai eksport kayu dan produk kayu negara berjumlah RM20.5 bilion pada 2014 dan ini menandakan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mencapai sasaran tersebut.

“Kami sedang berusaha untuk mencapainya dengan melakukan beberapa langkah yang penting seperti mengadakan perbincangan berkumpulan serta menjemput pemain industri yang terlibat bagi membincangkan bagaimana sasaran boleh dicapai,” katanya selepas merasmikan Pameran Perabot Eksport (EFE) 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.

Beliau berkata, daripada sasaran RM53 bilion eksport kayu dan produk kayu, kerajaan turut menyasarkan eksport perabot bernilai RM16 bilion menjelang 2020.

“Saya optimis bahawa prestasi eksport perabot akan terus berkembang bagi tahun mendatang dan kita perlu menggembleng tenaga untuk menguatkan rantaian bekalan, pengeluaran produk baharu berasaskan nilai tambah dan mencari pasaran baharu.

“Kesemua usaha tersebut jika dilaksanakan sudah pasti akan dapat menyumbang kepada kejayaan mencapai sasaran eksport yang ditetapkan dan mengembangkan lagi industri kayu negara bagi tempoh masa panjang,” katanya.

Buat masa ini, Malaysia menduduki tangga kelapan sebagai pengeksport terbesar dunia dan ketiga terbesar di Asia di mana perabot buatan Malaysia di eksport ke lebih 160 negara seluruh dunia.

Sementara itu, EFE 2015 yang berlangsung selama empat hari bermula 4 hingga 7 Mac melihatkan pertambahan pempamer daripada 230 pada tahun lalu kepada 269 tahun ini.

0 Komentar untuk " Optimis sasaran eksport tercapai "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ