Obesiti masa depan, tersalah anggap? - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Obesiti masa depan, tersalah anggap?

APA yang anda alami hari ini merupakan hasil daripada sesuatu yang anda anggap atau percaya sebelum ini. Anggapan atau kepercayaan sama ada positif atau negatif adalah persepsi.

Kedua-dua persepsi mempengaruhi tindakan atau pengalaman seseorang apabila berhadapan dengan situasi sebenar pada masa akan datang. Ia adalah psikologi tingkah laku.

Adakah seseorang yang menganggap dirinya mengalami berat badan berlebihan atau obes sedangkan mereka tidak mengalami keaadaan tersebut pada masa akan datang? Adakah faktor/pengaruh psikologi mempunyai peranan? Jawapannya terdapat dalam penemuan terkini seperti dibincangkan di bawah.

Association for Psychological Science (APS) melaporkan pada Januari 28, 2015 sebuah berita berjudul Seeing Themselves as Overweight May Be Self-Fulfilling Prophecy for Some Teens. Maksud judul tersebut dalam bahasa Melayu ialah Menganggap Diri

Mengalami Berat Badan Berlebihan boleh menjadi Kenyataan Pada Masa akan Datang pada Sesetengah Remaja Belasan Tahun.

Risiko lebih tinggi

Angelina R Sutin, PhD, saintis psikologi dari Florida State University College of Medicine mendapati daripada kajiannya mendapati golongan remaja berumur 16 tahun yang memiliki berat badan normal namun tersalah anggap diri sebagai mengalami berat badan berlebihan mengalami peratusan risiko lebih tinggi untuk mengalami obesiti apabila dewasa kelak.

Kajian tersebut akan dilaporkan dalam Psychological Science iaitu jurnal milik Association of Psycholocigal Science dalam keluaran terbaru tidak lama lagi.

“Kajian kami menunjukkan bahawa faktor-faktor psikologi memainkan peranan penting dalam pembentukan obesiti,” kata Dr Sutin.

Daripada kajian terdahulu Dr Sutin dan pengarang bersama (co-author) Antonio Terracciano mendapati diskriminasi berdasarkan berat badan dikaitkan dengan peningkatan risiko obesiti. Sila lihat laporan kajian berjudul ‘Perceived Weight Discrimination and Obesity’ dalam jurnal PLOSone (Julai 24, 2013).

Berikutan kajian tersebut mereka berdua bertekad untuk memastikan sama ada persepsi terhadap diri sendiri – stigmatizasi-kendiri – juga memberi kesan buruk terutama ketika tempoh tumbesaran kritikal sebagai belasan tahun.

Jadi, kedua-dua saintis penyelidik tersebut telah menggunakan National Longitudinal Study of Adolescent Health yang dikenali juga sebagai Add Health bagi menganalisis data ketinggian, berat badan dan persepsi kendiri daripada sejumlah 6,523 remaja yang menyertai kajian ketika mereka berusia 16 tahun. Data dengan parameter yang sama dianalisis semula ketika mereka berusia 28 tahun.

Ketika berumur 16 tahun, peserta ditanya bagaimana mereka anggap diri mereka dalam bentuk berat badan dengan pilihan jawapan daripada julat amat ringan (1 mata) hingga amat berat (5 mata).

Saintis-saintis penyelidik kajian tersebut secara khusus berminat untuk mendapatkan hasil jawapan daripada remaja belasan tahun yang menganggap diri mereka mengalami berat badan berlebihan sungguh pun sebenarnya mereka mengalami berat badan normal berdasarkan piawaian perubatan.

Apabila dibandingkan dengan remaja yang percaya diri mereka mengalami berat badan sebenar, golongan remaja yang tersalah anggap diri mereka mengalami berat badan berlebihan didapati mengalami risiko 40 peratus lebih besar untuk mengalami obesiti apabila dewasa.

Obesiti di sini berlaku apabila seseorang mengalami Indek Jisim Tubuh (Body Mass Index: BMI) melebihi 30 peratus. Anggapan keliru lain yang dilakukan oleh remaja tersalah anggap tersebut ialah apabila mengaitkan jumlah berat badan keseluruhan yang dialami oleh mereka.

Mengapa kepercayaan atau menganggap diri sebagai lebih berat daripada berat sebenar mendedahkan para remaja berkaitan dengan peningkatan berat badan pada masa hadapan? Menurut Dr Sutin dan Terracciano terdapat beberapa mekanisme yang mungkin dapat menerangkan perkara tersebut.

Golongan remaja berkaitan mungkin menjalani aktiviti pengawalan berat badan yang tidak sihat misalnya dengan mengambil pil diet atau muntah. Kedua-duanya memang diketahui mempunyai kaitan dengan peningkatan berat badan jangka panjang.

Faktor psikologi yang menyebabkan mereka tersalah anggap mengenai berat badan mereka juga mungkin mempunyai kaitan dengan keupayaan pengawalan diri.

Mekanisme akhir ialah golongan remaja tersalah anggap tersebut dipercayai dipengaruhi oleh ‘stigmatizasi berdasarkan berat’ (weight-related stigmatization) di mana ia juga dikaitkan dengan obesiti.

Akhirnya, faktor-faktor tersebut akan menghasilkan ‘Penilikan menjadi kenyataan’ (self-fulfilling prophecy). Kedua-dua saintis penyelidik kajian berkata, “Remaja yang tersalah anggap diri mereka mengalami berat badan berlebihan mungkin tidak mengalami langkah-langkah bersesuaian bagi mempertahankan berat badan yang sihat.

Ia kerana apabila berat badan bertambah, maka secara fizikal bertukar menjadi kepada keadaan seperti yang mereka percaya selama ini.”

Perkara yang lebih mengejutkan kedua-dua saintis penyelidik tersebut ialah apabila mereka mendapati terdapat kaitan besar antara persepsi dan obesiti masa hadapan terutama remaja lelaki!

Remaja lelaki yang tersalah anggap diri mereka sebagai mengalami berat badan berlebihan didapati menunjukkan 89 peratus peningkatan risiko mengalami obesiti masa hadapan berbanding dengan mereka yang memberi persepsi diri secara benar.

Perempuan lebih prihatin?

Setakat ini, tiada keterangan jelas mengapa kaitan pada remaja lelaki lebih besar,” kata Dr Sutin. “Terdapat kemungkinan remaja perempuan lebih memberi tumpuan terhadap berat badan di mana mereka mungkin berbuat sesuatu apabila mereka mendapati diri mengalami peningkatan berat badan. Kesimpulannya, ‘penilikan menjadi kenyataan’ pada remaja lelaki lebih besar berbanding remaja perempuan.”

Sungguhpun fokus intervensi biasanya tertumpu kepada remaja dan kanak-kanak perempuan belasan tahun yang telah mengalami berat badan berlebihan, penemuan tersebut menunjukkan bahawa terdapat lebih ramai remaja belasan tahun yang berhadapan dengan risiko pelbagai masalah kesihatan pada masa hadapan.

Jadi, penemuan tersebut mempunyai implikasi bukan sahaja terhadap remaja belasan tahun dan ibu-bapa mereka, malah kepada para pengamal perubatan dan penggubal polisi.

Dr Sutin berkata, “Faktor-faktor obesiti memang kompleks termasuk genetic, persekitaran social dan polisi awam. Kita memerlukan pemahaan terhadap faktor-faktor tersebut pada setiap tahap termasuk faktor/pengaruh psikologi agar cabaran peningkatan obesiti dapat ditangani secara berkesan.”

Pandangan penulis: Untuk mengelakkan remaja daripada mudah tersalah anggap, maka peranan ibu bapa dan guru (termasuk guru agama) dalam mendidik tingkah laku anak-anak amatlah penting termasuk membina persepsi kendiri yang sihat.

Kesibukan menjalankan tugasan harian dan tenggelam dengan kemewahan bukan alasan untuk tidak mengambil berat terhadap kebajikan anak termasuk remaja yang dahagakan bimbingan.

Dr. Bahrain Samah, MD (AM), RH (AH G)

0 Komentar untuk " Obesiti masa depan, tersalah anggap? "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ