SAAT Syria hampir menang pada ketika itu, muncul gerakan dikenali sebagai Islamic State in Iraq and Syria (ISIS) atau Islamic State of Iraq and Levant (ISIL).
Umumnya, nama gerakan itu adalah Islamic State (IS) tidak merujuk kepada mana-mana negara. Mereka bukan sahaja menentang puak Basyar, bahkan memerangi kelompok yang tidak setuju dengan ideologi keras termasuklah Free Syrian Army (FSA) yang berjuang sejak awal konflik lagi.
Tiada siapa menduga siapa di sebalik kemunculan ISIS persis kemunculan Taliban di Afghanistan ketika Mujahiden di ambang kemenangan.
Ketua ISIS, Abu Bakr Baghdadi melebarkan sayap ISIS dengan mengisytiharkan penubuhan ISIS di Syria pada 8 April 2013 dan mengisytiharkan penubuhan khilafah 29 Jun 2014 dengan beliau bertindak sebagai khalifah.
IS, Al-Qaeda & Taliban
Tujuan penubuhan ISIS mahu membangunkan sistem Daulah Islamiah. Perjuangan mereka bertentangan dengan Islam. Mereka ingin mengembalikan sistem yang ada pada zaman Nabi SAW dan sahabat untuk digunakan pada zaman sekarang.
Berdasarkan hukum fikah, terdapat perubahan boleh diubahkan mengikut zaman atau tempat yang dikenali sebagai 'uruf'.
Lebih ekstrem lagi apabila mereka menganggap jihad perang itu satu kewajipan ke atas umat Islam dalam memerangi golongan kufar. Di Syria, ISIS memerangi golongan yang tidak mahu mengikut Daulah Islamiah. Dahulu, ketika berperang, Nabi Muhammad SAW tidak mengasari tawanannya.
Jika jihad perang itu satu kewajipan ke atas bukan Islam, sudah tentunya tidak ada ayat dalam al-Quran atau kitab dakwah menuntut orang Islam melakukan dakwah kepada bukan Islam.
Kemunculan ISIS melambatkan kemenangan umat Islam di Syria. Mereka berjaya mengelirukan masyarakat Islam. Menyedihkan apabila tindakan ekstrem mereka membuatkan bukan Islam menganggap Islam ini adalah pengganas. Mereka berlebihan dalam agama sehingga menjadi pelampau agama.
Rasulullah SAW melarang pengikutnya menjadi pelampau agama seperti dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berhati-hatilah dengan pelampau agama. Orang dulu binasa disebabkan sikap melampau dalam beragama." (Riwayat Ahmad, An-Nasa’i, Ibnu Majah & Hakim)
Sebenarnya IS, Al-Qaeda dan Taliban mempunyai persamaan antara satu sama lain. Persamaan itu dilihat dalam konteks ekstremis dalam agama terutamanya dalam jihad. Namun, kumpulan militan IS dianggap lebih ekstremis dan ganas berbanding Al-Qaeda.
Antara keganasan dilakukan:
1. ISIS menjalankan hudud terhadap mujahiden dalam perang seperti memotong jari jika menghisap rokok dan membunuh mereka yang ingin keluar dari ISIS. Selain mengenakan tindakan keras terhadap golongan setempat di Syria dengan mencampakkan lelaki warga emas daripada bangunan kerana warga emas itu dikatakan gay.
2. ISIS menjual wanita Kristian sebagai hamba seks bagi menampung kos tentera militan mereka.
3. 16 Disember 2014, sekolah di Peshawar, Pakistan diserang hendap golongan Taliban menyebabkan kehilangan puluhan nyawa pelajar dan kakitangan sekolah.
4. 3 Januari, Pilot Jordan, Leftenan Muath Al- Kaseasbeh dibakar hidup-hidup oleh puak ISIS. Pembunuhan dilakukan bagi memberikan tekanan kepada kerajaan Jordan juga sekutu kuat Amerika Syarikat agar meninggalkan gabungan berkenaan, kerana mereka terlibat dalam siri serangan udara untuk memusnahkan kubu IS di Syria dan Iraq.
5. 7 Januari, dua pengganas berfahaman IS menyerang pejabat kartunis Charlie Hebdo di Perancis. Serangan bertujuan membalas dendam atas penghinaan Nabi Muhammad SAW dimuatkan dalam komik keluaran syarikat tersebut. Menyebabkan 12 terkorban termasuk dua anggota polis beragama Islam.
6. Menahan dua rakyat Jepun, Yukawa dan Goto sebagai tawanan IS. Pada mulanya IS meminta wang tebusan AS$200 juta (RM720 juta). Namun Yukawa dibunuh terlebih dahulu apabila kerajaan Jepun tidak memenuhi tuntutan IS.
Kemudian IS mengugut bunuh seorang lagi tawanan melalui pertukaran dengan pembebasan seorang rakyat Iraq yang ditahan di Jordan, Sajida al-Rishawi. IS tidak lagi mahu wang tebusan. Namun, belum sempat berunding, IS terus mengambil tindakan membunuh Gota seorang lagi tawanan Jepun.
Seruan tidak sertai IS
Hampir kesemua pimpinan negara, politik bahkan ulama dunia menyeru agar masyarakat berhenti daripada menyertai IS kerana golongan itu jelas bertentangan dengan syariat Islam.
Islam adalah sebuah agama yang suci, menjaga nilai-nilai kemurnian, kehormatan dan tidak menyukai kepada keganasan. Yusof Qardhawi sebagai ulama dunia mengeluarkan fatwa IS ini haram penubuhannya.
Ketua Ulama Tafsir merangkap ulama di Syria, Syaikh Muhammad Ali As-Shobuni juga menolak sekerasnya perjuangan songsang IS.
Di Malaysia, pimpinan tertinggi Pas, Datuk Seri Hadi Awang melarang sama sekali rakyat Malaysia mengikuti perjuangan IS terutamanya dalam menyertai ISIS di Syria. Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pemuda Pas Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar berkata: "Tidak syak lagi, IS bukanlah sebuah gerakan Islam yang tulen dan membawa ajaran Islam sebenar.
Bahkan, Pemuda Pas serta umat Islam meyakini IS adalah sebuah pertubuhan tajaan Barat atau Zionis demi menjaga kepentingan Barat." Perjuangan IS juga ditentang kuat kerajaan Malaysia. Ini boleh dilihat apabila polis menahan mereka yang terbabit dengan gerakan IS di Malaysia untuk menjalankan siasatan.
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ketika ucapannya dalam seminar International Youth Gathering 6 Februari lalu menegaskan ISIS, Taliban, Boko Haram, al-Shabab dan seangkatan dengannya adalah musuh nombor satu manusia dan untuk mengaitkan mereka dengan Islam dan ummah adalah tidak adil. Sesungguhnya, mereka mengkhianati Islam dan ummah.
Perjuangan IS bukanlah perjuangan berteraskan syariat Islam. Rakyat Malaysia sewajarnya dapat melihat dengan mata hati perjuangan dibawa IS adalah keganasan dan ia memberi kesan buruk terhadap Islam pada masa akan datang. Tidak perlu untuk Barat menyerang Islam kerana Islam itu sendiri memerangi antara satu sama lain.
Berhenti sertai IS
Jihad bukan sekadar mengangkat senjata dan terus memerangi golongan kufar. Dalam fikah, jihad itu ada kaedah, peringkat dan batasnya.
Ia tidak semudah disangkakan. Jika jihad itu wajib dalam memerangi golongan kufar hanya kerana mereka bukan Islam, sudah tentu Nabi Muhammad SAW dan nabi lain memerangi mereka pada zaman itu. Bagaimanakah penyebaran dakwah akan berlaku jika golongan kufar dibunuh.
Akhir 2014, Malaysia dikejutkan dengan berita penuntut di sebuah IPTS Malaysia melarikan diri ke Syria dengan tujuan ingin mengahwini pejuang Malaysia di sana tanpa restu daripada kedua orang tuanya.
Adakah dengan cara membelakangi ibu bapa salah satu cara yang dibenarkan untuk mengikuti jihad sedangkan dari awalnya sudah melakukan dosa?
Laman sosial seperti Facebook terutamanya, adalah satu ancaman yang memberi pengaruh besar kepada rakyat Malaysia. Pengikut ISIS berjuang di Syria berjaya menyebarkan semangat jihad kepada rakyat yang berada di Malaysia.
Seronok melihat perjuangan itu, mereka yang cetek ilmu ini terpengaruh dengan cerita yang digembar-gemburkan. Disebabkan itu, wajib untuk rakyat Malaysia berhati-hati dalam mempercayai sesuatu maklumat Rasulullah SAW bersabda: "Berhati-hatilah!
Sesiapa yang kejam dan keras kepada minoriti bukan Islam, menyekat hak mereka, membebankan mereka, mencuri daripada mereka, aku akan mengadu kepada ALLAH mengenai orang itu pada hari pembalasan" (Riwayat Abu Dawud)
* Penulis, penuntut sarjana dalam jurusan Hubungan Antarabangsa di UniSZA dan aktivis Malaysia Life Line For Syria.

0 Komentar untuk " Malaysia: Berhenti sertai jihad di Syria "