Ramai dalam kalangan umat Islam hari ini memahami kalimah jihad dengan maksud yang satu iaitu berperang menentang musuh Islam. Apabila disebut jihad, mereka menganggap jihad bererti memerangi orang kafir semata-mata.
Keterikatan inilah yang menjadikan mereka memandang jihad hanya dari sudut itu sehingga mengabaikan tuntutan jihad yang lain. Kesan daripada kesilapan memahami maksud jihad ini timbullah pelbagai reaksi negatif dalam memenuhi tuntutan jihad.
Malah ada rakyat negara ini yang sanggup ke luar negara menyertai kumpulan mendakwa berjihad memperjuangkan Islam, sedangkan ternyata apabila disuluh dari perspektif Islam, perjuangan mereka sebenarnya jauh menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar.
Apa yang lebih menyedihkan ialah sebahagian daripada anggota kumpulan ini sanggup membunuh sesama Islam dengan cara yang amat kejam. Bagaimana mereka boleh terjebak dengan pegangan dan fahaman seperti ini?
Bukankah Allah SWT telah mengingatkan supaya tidak membunuh orang yang telah menyatakan keislaman mereka. Renungi firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa juga perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam atau mengucap dua kalimah syahadah): Engkau bukan orang yang beriman (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak harta benda kehidupan dunia. Kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak. Demikianlah juga keadaan kamu dahulu lalu Allah mengurniakan nikmat-Nya kepada kamu. Oleh itu selidikilah (janganlah bertindak dengan terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu lakukan." (Surah an-Nisaa, ayat 94)
Terpengaruh janji indah
Terdapat pula segelintir wanita yang terpengaruh dengan janji-janji indah lalu sanggup keluar meninggalkan negara dan keluarga demi mengejar impian dijanjikan. Bukankah secara jelas difahami bahawa Islam tidak menyuruh wanita keluar berperang?
Bahkan jumhur fuqaha, antaranya Imam Ibnu Qudamah dalam kitab Al-Mughni menyatakan, antara syarat wajib keluar berperang yang tujuh itu ialah lelaki, bukan wanita. Wanita dalam Islam adalah golongan yang sentiasa dijaga dan dipelihara, sehingga untuk keluar rumah pun perlu ditemani mahramnya.
Diriwayatkan olah Imam al-Baihaqi daripada Aisyah yang suatu ketika bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai jihad wanita: "Wahai Rasulullah, adakah wanita diwajibkan berjihad? Baginda menjawab: Ya, jihad yang tiada peperangan padanya, menunaikan ibadah haji dan umrah itulah jihad mereka."
Semua fenomena ini terjadi berpunca daripada kedangkalan kefahaman ilmu Islam dalam diri segelintir umat Islam namun mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk mengejar syahid. Lihatlah, tanpa ilmu manusia sering tersasar daripada landasan kebenaran.
Sebenarnya pengertian jihad dalam Islam adalah lebih umum dan merangkumi skop yang luas. Tidak tertumpu kepada berperang menentang musuh Islam semata-mata. Mari kita lihat bagaimana Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Zad al-Ma'ad menghuraikan tuntutan jihad yang perlu dilaksanakan semua umat Islam dalam kehidupannya di dunia.
Beliau membentangkan pembahagian jihad kepada empat peringkat yang perlu dilaksanakan iaitu jihad melawan hawa nafsu, inilah asas jihad yang perlu dilaksanakan. Bermujahad menentang runtunan nafsu yang sentiasa mengajak kepada kejahatan perlu dirancang dan digarap dengan teratur.
Kedua, jihad memerangi syaitan dengan menolak segala bentuk subahat dan keraguan dibisikkan yang boleh merosakkan keimanan seseorang hamba Allah SWT. Begitu juga berusaha memeranginya dengan menepis segala rangsangan untuk melakukan kejahatan.
Ketiga, jihad menegakkan syariat dalam masyarakat Islam. Jihad ini adalah menentang kemungkaran, kejahatan dan kerosakan dalam masyarakat sama ada dengan kuasa, teguran nasihat atau doa. Berjihad membasmi kemungkaran penting kerana kemungkaran yang tidak dikekang mengundang bala.
Perang kafir, munafik
Keempat, jihad memerangi orang kafir dan munafik. Inilah jihad terakhir jihad fi sabilillah iaitu menentang orang kafir. Di peringkat ini jihad membabitkan seluruh jiwa dan harta.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Pergilah kamu (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan pelbagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." (Surah al-Taubah, ayat 41)
Inilah rangkuman maksud jihad yang dituntut untuk kita melaksanakannya. Semua umat Islam perlu menyedari tuntutan jihad di semua sudutnya secara berperingkat mengikut situasi semasa. Semua jihad ini perlu disempurnakan secara istiqamah sepanjang hidup mereka.
* Khutbah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

0 Komentar untuk " Khutbah Jumaat: Jihad perangi kemungkaran luas "