Kerajaan negeri pulihkan projek Pulau Melaka - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Kerajaan negeri pulihkan projek Pulau Melaka

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka telah berjaya memulihkan fasa kedua projek hartanah komersil Pulau Melaka yang dijangka merancakkan lagi ekonomi negeri bersejarah itu.

Exco Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka, Datuk Lim Ban Hong berkata, projek yang terbengkalai sejak 1998 itu berjaya dipulihkan menjadi kawasan pelancongan yang istimewa kerana persekitaran yang eksklusif di mana pengunjung boleh beriadah di samping menikmati pemandangan di tepi laut," katanya kepada Bernama di sini.

Projek pembangunan itu dipulihkan syarikat Kejuruteraan Asas Jaya Sdn Bhd yang dilantik kerajaan negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron telah menyerahkan kunci kepada seramai 1,233 pemilik unit kediaman dan pejabat di Pulau Melaka pada 1 Februari lepas.

Lim berkata, pembangunan Pulau Melaka itu juga mampu memberi kesan positif kepada projek Gateway yang bakal dibangunkan di situ.

Katanya, Pulau Melaka dan projek mega Melaka Gateway terletak berhampiran mampu menjadi pemacu kepada kerancakan pelancongan di negeri ini sekali gus merancakkan lagi ekonomi negeri.

"Ini merupakan satu projek terbesar yang berjaya dipulihkan dan ia dapat memberi keyakinan kepada pembeli untuk terus melabur dan menjalankan perniagaan," katanya. - Bernama

0 Komentar untuk " Kerajaan negeri pulihkan projek Pulau Melaka "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ