Dot ML dilancar di Malaysia - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Dot ML dilancar di Malaysia

MUNGKIN ramai sedia mengenali Freenom yang telah menawarkan domain .TK secara percuma kepada sesiapa yang inginkan nama domain dengan akhiran yang pendek. Kini mereka melancarkan satu lagi akhiran baharu, iaitu .ML secara rasmi di Malaysia.

Domain .ML ditawarkan secara percuma untuk semua pengguna.

Menurut pihak Dot ML, semua domain dengan lebih daripada empat aksara ditawarkan secara percuma. Sesiapa sahaja boleh mendaftarkan domain menggunakan akhiran .ML, dan menggunakannya bersama-sama hosting sedia ada, atau turut membuat redirect ke laman sedia ada.

Seperti umum sedia maklum, salah satu masalah utama ketika pengenalan .TK beberapa tahun lepas adalah masalah berkaitan laman-laman berbentuk scam.

Bercakap mengenainya termasuk berkaitan phishing dan masalah sekuriti, pihak Dot ML mengatakan mereka menyediakan API khusus yang membolehkan sesiapa sahaja membuat laporan berkaitan, dan laman berkenaan akan dipadamkan atau dihalang akses serta-merta.

Bagi anda yang ingin domain yang singkat untuk digunakan sebagai projek peribadi, ataupun tidak ingin membelanjakan wang untuk mendapatkan domain sendiri, mungkin boleh semak laman Dot.ML hari ini.

0 Komentar untuk " Dot ML dilancar di Malaysia "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ