FIRMAN-Nya: "Dan ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan, dia dapati sekumpulan lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan dia mendapati dua perempuan yang sedang menahan kambingnya.
Dia bertanya: "Apa hal kamu berdua?" Mereka menjawab: "Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga penggembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya".
Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian dia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".
Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata: "Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami." ... (Surah Al-Qasas: 23-26)
Ayat ini menjelaskan perihal pekerjaan wanita dan lelaki, yang mana masing-masing sama penting dalam menggerakkan ekonomi negara.
Namun, dalam Islam memberi nafkah adalah tanggungjawab lelaki bergelar suami.
Ini seperti dijelaskan dalam hadis: Daripada Abdullah Bin Umar RA, bahawa dia mendengar Nabi SAW berkata, "Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya." (Riwayat Bukhari)
Sementara wanita (isteri) pula, hukum asal berada di luar rumah dibolehkan jika ada sebab munasabah yang dibenarkan syarak.
Ditambah lagi dengan tekanan hidup dan belanja harian keluarga yang membebankan masa kini, wanita turut keluar bekerja untuk membantu suami mencari nafkah, bagi mencapai sebuah kehidupan yang lebih baik.
Dalam hal ini, ulama telah mengeluarkan hukum dan piawaian tertentu yang mengikut syariat, dan ia bukanlah suatu yang mudah. Ia perlu dilihat dan ditimbang dari pelbagai neraca sebelum kesimpulan dikeluarkan.

0 Komentar untuk " Cabaran Muslimah berkerjaya! "