Siapa sebenarnya yang membakar jambatan PR?‎ - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Siapa sebenarnya yang membakar jambatan PR?‎

BERMULA dari Langkah Kajang ke penukaran MB Selangor, siapa yang membuat keputusan tanpa berbincang dengan rakan parti lain, dan sekadar mengadakan mesyuarat untuk rakan parti yang tidak bersetuju bahawa nasi sudah menjadi bubur tanpa memikirkan perasaan rakan parti yang lain?

Selepas selesainya krisis MB Selangor, siapa yang bertubi-tubi mencemuh Presiden parti lawan hanya berdasarkan kehadiran mesyuarat?

Siapa yang menekan untuk mendapat jawatan Timbalan Speaker Selangor yang kedua?

Siapa yang membiarkan pemimpinnya di Sarawak untuk memutuskan hubungan dengan rakan parti lain tanpa sebarang teguran dan hukuman?

Siapa yang bertubi-tubi menyerang parti lain atas alasan cuba melakukan sesuatu di luar konsensus PR tanpa segan-silu tatkala sendiri telah melakukan perkara yang sama di negeri pimpinan sendiri secara senyap-senyap tanpa konsensus PR?

Siapa yang menghina kerajaan yang dipimpin rakan parti di surat akhbar Cina tanpa menyemak fakta tapi pada masa yang sama terus memecat ahli rakan parti daripada Majlis Perbandaran kerana membangkitkan isu tanah yang melibatkan kerajaan yang dipimpinnya?

Siapa yang terus menuduh pemimpin tertinggi rakan parti lain sebagai “tidak jujur” dan apabila dicabar untuk berdebat untuk menentukan siapa yang jujur, parti itu terus menuduh bahawa cabaran daripada pemimpin rakan parti yang dituduh “tidak jujur” itu adalah cubaan untuk membakar jambatan PR?

Pas hanya meminta agar ruang demokrasi diberikan kepadanya untuk melaksanakan hukum hudud yang dijanjinya kepada rakyat Kelantan melalui Parlimen.

Pas hanya meminta rakan-rakannya untuk berbincang dulu sebelum membuat keputusan yang memberi impak kepada ketiga-tiga parti. Itu satu etika persahabatan dan adalah satu jenis penghormatan kepada mereka yang sedang bertahaluf.

Jangan menjadi hipokrit dengan menganggap setiap kali DAP menyerang Pas, ia disebut sebagai langkah memperkukuhkan PR, manakala sekiranya Pas menyerang DAP, ia pula terus dicat Pas yang sedang  cuba menghancurkan PR.

Ini tidak adil. Malah, ini zalim.

Jika ketidakadilan ini tidak dapat diselesaikan, eloklah kita memberikan perhatian serius kepada cadangan yang dibuat oleh Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk memikirkan semula PR, di mana polisi setiap negeri masing-masing ditentukan oleh parti yang memerintah dan setiap parti komponen akan memastikan tiada pertindahan kerusi yang bertanding untuk sama-sama menghadapi PRU.

Barangkali cadangan Tuan Ibrahim adalah penyelesaian terbaik kepada masalah yang sedang melanda PR.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

0 Komentar untuk " Siapa sebenarnya yang membakar jambatan PR?‎ "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ