Shugarholic teroka pasaran China - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Shugarholic teroka pasaran China

BERMULA dari perniagaan yang menggunakan sebuah ketuhar, kini Shugarholic Confectionery (Shugarholic) menerusi jenama Shugarholic  Cake Republic berhasrat menerokai pasaran negara China sebelum akhir tahun ini.

Pengasasnya Maza Asma Mustaffa berkata, ada syarikat dari negara itu yang berminat dengan produknya bagi perisa durian.

"Produk itu sudah ada dan hanya dalam proses pembungkusan yang dijangka siap April ini.

"Sekiranya berjalan lancar, 50 kotak produk itu akan memasuki pasaran China pada April ini bagi melihat pasaran dan sambutan di negara berkenaan," katanya.

Sejak bermula pada 2009, Shugarholic kini mempunyai dua kedai tetap di Busana Mara dan PKNS Bangi serta bakal membuka kedai baharu di Klang Sentral awal Mac ini.

Maza Asma berkata, syarikatnya telah mempunyai 250 ejen berdaftar dan 10 stokis di beberapa negeri lain kecuali Sabah dan Sarawak.

Ditanya berhubung perancangan jangka panjang, Maza Asma berkata, sasarannya adalah membawa produk ke China sebelum menerokai pasaran negara lain.

Shugarholic pada mulanya hanya secara sambilan dengan membuat kek dari rumah sebelum secara agresif memperkenalkan produk utamanya Cheese Merry Layer (CML).

Syarikatnya yang terletak di Shah Alam itu bermula dengan hanya bermodalkan sebuah ketuhar yang diterimanya ketika cabutan bertuah semasa bekerja di sebuah syarikat insurans.

0 Komentar untuk " Shugarholic teroka pasaran China "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ