SEGI Fresh Hypermarket tidak mahu ketinggalan dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya dengan melancarkan portal jualan atas talian SegiFresh2U yang menyasarkan golongan perniagaan dalam industri makanan dan peniaga lain menggunakan perkhidmatan itu.
Ketua Unit Perniagaan Segi Fresh, Fong Leong berkata, portal www.segifresh2U.com berkenaan menjadi inisiatif untuk membantu memastikan kos barangan yang dijual selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan 1 April ini, kekal rendah dan berdaya saing.
Katanya, ia kerana perkhidmatan SegiFresh2U telah membantu peniaga menjimatkan kos perniagaan mereka.
“Ini kemudahan disediakan Segi Fresh untuk peniaga beli barangan secara pukal bagi mengurangkan kos perniagaan khususnya logistik.
“Begitu juga penggguna yang berhasrat membeli barangan secara pukal boleh menggunakan perkhidmatan portal ini.Ia kaedah mudah,” katanya pada sidang akhbar ekslusif bersama media tempatan di Segi Fresh cawangan Balakong, semalam.
Menjelaskan lebih lanjut cara menggunakan portal itu Fong berkata, para peniaga boleh membuat tempahan secara online pada harga yang sama jika membuat pembelian secara terus dari pasar raya.
“Tetapi kelebihannya, penghantaran termasuk perkhidmatan mengangkut barang adalah percuma dan ini secara langsung membantu peniaga mengurangkan kos perniagaan, membeli secara kredit sekali gus menjimatkan masa peniaga. Dalam bahasa mudah, hingga ke pintu dapur kami hantar barang,” katanya sambil berseloroh.
Tambah Fong, minimum tempahan melalui portal tersebut adalah RM1,000 dan maklum balas terhadap tempahan akan diberikan kepada peniaga dalam tempoh 24 jam.
Menurut Fong, selepas dilancarkan Sabtu lalu Segi Fresh cawangan Balakong terlebih dahulu memulakan perkhidmatan tersebut dan menjangkakan cawangan lain akan sepenuhnya menggunakan perkhidmatan itu Jun ini.
Pada masa ini, SegiFresh2U memenuhi keperluan pelanggan di sekitar Balakong dan Kajang sebagai permulaan dan akan dikembangkan ke cawangan lain di Selayang, Batu Caves, Kayu Ara, Subang, Telok Panglima Garang, Pudu, Cheras dan Ampang.
“Pelaksanaan ini adalah secara berperingkat dan pada peringkat awal ini kami terlebih dulu menyasarkan peniaga di Lembah Klang menggunakan perkhidmatan tersebut.
“Sudah seramai 50 peniaga mendaftar setakat ini dan kita menyasarkan 2,000 peniaga mendaftar sehingga Jun depan,” katanya.
Fong berkata, pengenalan kaedah berkenaan adalah masa tepat bagi Segi Fresh yang telah berada lebih dari 20 tahun dalam perniagaan runcit dan borong bagi membantu rakyat yang sedang dibelenggu kebimbangan terhadap perlaksanaan GST.
Ini inisitaif Segi Fresh dalam membantu peniaga menambah nilai perniagaan para peniaga iaitu selaras dengan visi Segi Fresh untuk menyediakan tawaran harga terbaik kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

0 Komentar untuk " SegiFresh2U bantu peniaga jimat "