Samsung lancar Kelas Bestari pertama di Malaysia - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Samsung lancar Kelas Bestari pertama di Malaysia

SEKOLAH Kebangsaan Ayer Lanas di Jeli, Kelantan merupakan sekolah luar bandar pertama yang menerima Kelas Bestari Samsung yang dibangunkan Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd.

Pengarah Hal Ehwal Korporat Samsung, Datuk Roh Jae Yeol berkata ia juga merupakan sejarah buat Samsung kerana pertama kali projek itu diperkenalkan di Malaysia.

"Pelancaran kelas bestari ini merupakan sebahagian inisiatif global Samsung yang dilaksanakan di hampir 400 sekolah di 72 negara lain.

"Ia merevolusikan kaedah mengajar tradisional bagi pembangunan pendidikan dan profesional," katanya semasa berucap pada majlis perasmian kelas itu oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Kelantan Hussain Awang.

Roh berkata SK Ayer Lanas dipilih untuk projek itu bagi merapatkan jurang digital antara sekolah bandar dan luar bandar.

"Ia disasar untuk menyediakan peluang kepada pelajar untuk menggunakan teknologi sedia ada dan menamah nilai kepada pendidikan mereka serta memiliki kemahiran penting abad ke-21," katanya.

Beliau berkata kandungan pendidikannya diselaras dengan silibus sekolah kebangsaaan yang memfokus kepada bahasa Malaysia, Inggeris, Sains dan Matematik untuk murid Tahun Enam.

"Ia juga dilengkapi dengan pemantauan keupayaan di mana guru boleh menyelia kemajuan pelajar dalam latihan pembelajaran di samping menyediakan sasaran tambahan melatih.

"Dengan kaaedah ini, sekolah boleh mencapai penambahbaikan dan prestasi akademi positif," katanya dan menambah pasukan Samsung akan memantau program itu selama tiga tahun.

Sementara itu, Mustapa yang juga Anggota Parlimen Jeli berkata Kelas Bestari Samsung itu akan meningkatkan lagi minat murid untuk belajar dan menjadi berdaya saing, sekali gus mampu melahirkan lebih ramai pelajar pintar.

"Saya percaya kita akan melihat hasilnya dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang. Banyak negara maju telah menggunakan teknologi seperti ini dalam proses pembelajaran di sekolah.

"Saya berharap lebih ramai syarikat gergasi melabur dalam program seperti ini untuk peningkatan akademik pelajar di Malaysia," katanya.- Bernama

0 Komentar untuk " Samsung lancar Kelas Bestari pertama di Malaysia "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ