JIKA ditanya kepada orang ramai makanan yang menjadi trend buat masa ini, pasti ramai setuju mengatakan jeruk mangga asam boi.
Difahamkan makanan segera itu popular di Instagram dan Facebook. Seorang penggemarnya, Mohd Faris Othman, 25 berkata, lidahnya kecur setiap kali melihat gambar makanan tersebut di muat naik oleh rakan-rakannya di Instagram.
Menurutnya, keghairahannya untuk memakan jeruk mangga asam boi mendorongnya rajin ke pasar membeli mangga muda, cili api dan asam boi untuk membuat jeruk mangga mengikut resipi diperolehnya dari laman sesawang.
“Memang diakui betapa sedapnya pada waktu mengunyah mangga muda yang rangup itu bersama rasa pedas, masam, manis dan masin," katanya.
Eksekutif di sebuah syarikat swasta itu berkata, dia setuju jeruk mangga asam boi merupakan trend semasa yang dibawa pengaruh oleh media sosial.
“Sebelum ini, kita boleh lihat trend durian crepe dan pavlova mendapat tempat di kalangan masyarakat malah saya juga selalu membelinya akibat pengaruh laman sosial.
“Kali ini giliran jeruk mangga asam boi pula mengambil tempat dengan mendominasi trend tersebut dan ini berita baik kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana untuk mencuba perniagaan ini,” katanya.
Tertarik sebab popular
Bagi Norshazmira Fazlyna Mohamad Murad pula, dia minat makan jeruk dan asam sejak di bangku sekolah dan sekarang dia gemar jeruk mangga asam boi yang popular hari ini.
“Rasa yang sedap dan rangup membuatkan saya tergila-gilakan jeruk mangga asam boi dan membelinya melalui Instagram.
“Mungkin saya tertarik dengan jeruk mangga asam boi sebab ia merupakan trend masa kini, pergi mana sahaja semua orang bercakap perkara sama,” katanya kepada Sinar Harian.
Ditanya adakah jeruk mangga asam boi mampu bertahan lama di pasaran disebabkan trend, Norshazmira Fazlyna berkata, ia akan kekal sehingga muncul makanan baharu.
“Trend bukanlah sesuatu yang boleh menjamin usahawan kita untuk terus menjual produk tersebut, tetapi mereka perlu memikirkan langkah yang lain.
“Mungkin hari ini jualan jeruk mangga asam boi tinggi tetapi bila sudah tidak popular ia akan menurun dan digantikan makanan baharu,” katanya.
Sementara itu, Nor Rabiatul Adawiyah Shamsuri 25, berkata kegilaan jeruk mangga asam boi hari ini mampu membantu usahawan menjana pendapatan mereka terutamanya dari segi ekonomi.
“Saya memang minat jeruk mangga asam boi, bila cuba pertama kali terus jatuh cinta sebab rasanya lain dari jeruk yang ada di pasaran.
“Mana tidaknya ada cili padi, asam boi dan juga campuran gula yang membuatkan rasanya lagi sedap dan menyelerakan,” katanya.
Menurut Rabiatul Adawiyah, dia juga mempunyai rakan yang menjual jeruk mangga asam boi dan mendapat sambutan menggalakkan dari pembeli.
“Tapi bila semakin lama permintaan semakin kurang dan tempahan diterima tidak sebanyak mula-mula makanan ini popular. Mungkin pengguna sudah mula berasa jemu.
“Situasi ini sama sahaja ketika durian crepe popular satu ketika dahulu, naik dan turun. Tetapi dari segi ekonomi memang membantu menjana pendapatan tambahan,” katanya.
Jeruk resipi ibu
Selepas mendengar kisah penggemar jeruk mangga asam boi , kita ikuti pula bicara pemilik SZE Homemade Enterprise, Siti Zubaidah Mohd Taha yang minat jeruk sejak kecil hingga mendorongnya untuk membuat jeruk mangga asam boi menggunakan resipi ibunya.
Menurut Siti Zubaidah idea menjual jeruk mangga asam boi datang selepas dia melihat fenomena kegilaan ramai terhadap makanan tersebut melalui laman sosial.
“Pada mulanya saya buat untuk suka-suka saja dan muat naik dalam Instagram. Kemudian kawan-kawan mula tanya saya jual atau tak.
“Jadi saya pun ambil risiko terima tempahan dari mereka dan mula menjualnya dengan kuantiti sedikit mengikut tempahan diterima,” katanya.
Menurut Siti Zubaidah, dia mula menjual jeruk mangga asam boi secara online bermula penghujung November tahun lalu dan ketika itu pelanggannya hanya terdiri daripada rakan sekerja serta saudara terdekat.
“Bila sebut mengenai makanan apa yang menjadi trend hari ini, semua akan jawab jeruk mangga asam boi tanpa mengira umur dan lokasi.
“Situasi ini membantu saya dan peniaga online lain mencari pendapatan sampingan dengan menjual produk yang menjadi sebutan ramai buat masa ini. Cuma kaedah kami berniaga dan ramuan digunakan berbeza,” katanya.
Jual 150 balang jeruk mangga asam boi
Memulakan perniagaan jeruk mangga asam boi pada November 2013, seorang lagi peniaga Juliana Mohd Saharudin mampu menjual 150 balang dalam sebulan pada harga RM12 sebalang.
"Pada mulanya saya dan adik saya hanya buat jeruk mangga asam boi untuk kami makan. Kemudian timbul cadangan dari adik saya supaya cuba jual secara online.
"Saya setuju dan menjualnya kepada rakan-rakan sepejabat serta ahli keluarga terdekat dan Alhamdulillah mereka semua sukakan jeruk mangga asam boi Sultan Turki," katanya.
Menurut Juliana, namun apabila sesuatu produk makanan menjadi trend semasa peniaga tidak boleh bergantung padanya untuk jangka masa panjang kerana ia akan berhenti bila tiba masanya.
"Oleh itu, kami fikir untuk mengeluarkan produk baharu, atau mengikut trend semasa bagi membolehkan perniagaan berjalan lancar.
"Saya juga menjual jeruk mangga asam boi dengan meletakkannya di dalam butik kafe kerana ia memudahkan saya daripada membuka gerai jualan," katanya.

0 Komentar untuk " Masam manis jeruk mangga asam boi "