MOODY'S Investors Service menjangka kualiti kredit bank-bank Asia akan stabil pada 2015 walaupun kualiti aset lemah dan kos kredit meningkat.
Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Urusan Moody's - kumpulan institusi kewangan, Stephen Long, berkata kebanyakan sistem perbankan di rantau ini kekal mempunyai modal dan menguntungkan.
"Kedudukan stabil ini akan membolehkan bank-bank Asia menghadapi kos kredit yang meningkat. Kami menjangka pengukuhan secara berperingkat dalam momentum pertumbuhan rantau ini dan permintaan luar terutamanya apabila ekonomi AS meningkat.
"Beberapa sistem perbankan Asia akan menghadapi cabaran penyelarasan berikutan negara-negara perindustrian meneruskan dasar monetari yang berbeza pada 2015," kata Stephen.
Beliau berkata, dasar monetari yang berubah di negara-negara perindustrian utama seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan tanah besar Eropah, boleh memberi kesan kepada bank-bank Asia dengan kadar tahap hutang yang tinggi dan peningkatan pergantungan kepada aliran masuk modal.
"Secara umumnya, mudal tunai global kekal menyokong dan bank-bank Asia mempunyai penimbal yang dapat menyerap kerugian dengan kukuh, pembiayaan yang baik dan profil mudah tunai, mengurangkan risiko kejutan luar," katanya lagi.
Pandangan Moody's dibentangkan pada Taklimat Prospek bagi Negara-negara Asia, Korporat dan Bank Moody's 2015 yang diadakan hari ini di Hong Kong. - Bernama

0 Komentar untuk " Kualiti kredit bank Asia stabil biarpun tertekan "