TIDAK sedar sesi temu bual berlalu hampir dua jam. Petah berbicara, begitu bijak mengatur kata, dari sesi memperkenalkan diri, cerita berkenaan kampus, tugasan harian, hinggalah sedikit kisah peribadi menjadikan pertemuan singkat kami berlalu tanpa sedar.
Punya pendirian, jujur dan matang, memang ciri-ciri yang layak bergelar pemimpin lebih-lebih lagi, kini Muhammad Hanif Ramlan, 21, mengetuai pimpinan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai Yang di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2015.
Perwatakannya yang sporting, bijak mengatur kata, mengawal situasi, menjadikan sesi temu bual ini di selang-selikan dengan gelak tawa. Penulis sengaja mendebak dengan soalan-soalan peribadi, menguji, ternyata dia mampu mengawal keadaan. Paling menarik, soalan berkaitan teman wanita.
"Pandai akak ye, ini dah terkeluar dari topik ni," katanya yang merah padam muka menahan malu.
Sengaja penulis menduga dengan soalan sedemikian, kerana sebagai remaja, tiada siapa mampu menafikan perasaan sebegitu, lebih-lebih lagi pada usia sepertinya.
Melihat pada penampilannya juga, mungkin undi kemenangan tempoh hari adalah daripada kalangan pelajar wanita. Menceritakan perihal dirinya, dia seorang yang senang didampingi dalam masa sama, tidak mudah dipengaruhi.
Tidak letak jurang
Dalam tugasan kepimpinan pula, dia berpegang pada prinsipnya sendiri.
"Pada saya tidak ada jurang antara pelajar biasa dan MPP. Kami menerima watikah pelantikan juga kerana pelajar yang menyokong, jadi kami juga seperti mereka, cuma dengan amanah yang disandarkan, kami perlu lebih prihatin dengan permasalahan pelajar dan kampus secara keseluruhannya," katanya.
Akuinya, dia berazam untuk mengubah beberapa perspektif negatif kalangan pelajar terhadap golongan MPP.
"Melalui kepimpinan ini, saya bersama team yang lain, akan cuba memperbetulkan beberapa tanggapan kurang tepat yang dilabel seperti golongan MPP gila kuasa dan sebagainya.
Katanya, agenda seperti membantu pelajar menyelesaikan masalah berkaitan kebajikan juga diutamakan.
"Kebajikan pelajar ini meliputi pelbagai aspek, dan kami akan sedaya upaya membantu untuk kes-kes besar yang kesannya boleh memudahkan ramai pihak, berbanding aduan kes personal.
"Kami cuba tangani masalah kemalangan di kawasan kampus akibat jalan berlubang, kemudahan pelajar dari segi kediaman, serta lain-lain seperti soal keselamatan dan sebagainya," katanya.
Sambung Hanif lagi, dia juga harus bijak mengawal keadaan, ini kerana, peranannya juga meliputi 12,000 kebajikan pelajar yang tinggal di Kolej Kediaman 13 yang telah melantik dirinya sebagai presiden.
Tanggungjawab yang tinggi di sandarkan kepadanya sesekali tidak pernah menjadikan dirinya leka. Soal pembahagian masa begitu berharga. Tugasan sebagai pelajar juga harus disempurnakan sebaik mungkin.
"Saya bernasib baik kerana dikelilingi rakan-rakan yang banyak membantu dalam tugasan di kuliah, juga pengurusan kolej dan hal-hal lain. Dengan sokongan inilah saya lebih bermotivasi," ujarnya.
Pelajar tahun tiga sains perhutanan ini juga mengakui peluang sebagai pemimpin banyak mengubah dirinya. Dia lebih prihatin dengan persekitaran, juga cakna dengan hal ehwal semasa.
"Sebelum mengambil jurusan ini, saya langsung tidak ambil tahu fasal hal-hal yang kurang berkepentingan dengan saya, namun, dengan tanggungjawab ketika ini, saya lebih cenderung mengambil tahu semua perkara, baik pergolakan dalaman kampus, mahupun dalam negara sendiri.
"Perkara-perkara ini, banyak mematangkan saya dalam masa sama banyak benda baru saya pelajari. Dari segi pengurusan masa, jadual, persiapan diri dan keyakinan. Kini saya mampu mengawal emosi tika berdepan sebarang situasi, dan mampu bertindak matang," katanya.
Bersikap terbuka
Dia juga menyifatkan pelantikan ini sebagai kebolehan luar biasa yang membentuk keperibadian menjadi lebih baik.
"Saya kategori budak nakal, dari peringkat sekolah hingga matrikulasi, saya tidak terlibat langsung dengan mana-mana persatuan, hinggalah dilantik sebagai penghulu kem ketika menyertai perkhemahan setelah bergelar mahasiswa di UPM," katanya.
Penglibatan dalam tugasan kepimpinan juga melatih diri dengan alam pekerjaan, juga sebagai pendedahan awal kecekapan membuat keputusan dan merangka perancangan untuk kepentingan bersama," katanya.
Di bawah kepimpinannya juga, Haniff berazam memberi ruang kepada mana-mana pelajar untuk bersuara menggunakan saluran yang betul.
"Pihak MPP sedia menerima kritikan, usul mahupun cadangan untuk dibawa ke pihak pengurusan universiti mahupun memantapkan lagi organisasi. Namun kritikan yang bersifat peribadi tidak dilayan. Pelajar juga digalakkan menggunakan saluran sah bukan menghentam menggunakan media sosial yang bakal menjatuhkan imej sendiri," katanya.
Walaupun dilahirkan sebagai anak bongsu daripada empat beradik, Haniff tidak pernah dimanjakan ibunya, Siti Nor Baizura Abd Aziz. Sejak di bangku sekolah, dia sentiasa berjauhan dari keluarga. Sesi persekolahan di Kelantan dan ibunya yang tinggal di Negeri Sembilan betul-betul menjadikan dia seorang yang berdikari. Tambahan pula, bapanya Ramlan Abd Rashid, sudah lama meninggal.

0 Komentar untuk " Bukan kejar pangkat "