Angelic Glow cari stokis - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Angelic Glow cari stokis

MINAT mendalam serta mempunyai kemahiran dalam bidang kecantikan mendorong Siti Rahimah Aris memulakan perniagaan kosmetik.

Siti Rahimah yang juga Pengasas Angelic Glow Resources berkata, dia menjalankan perniagaan itu bersama rakan, Shahidah Farah Shafie.

“Kami sedar perniagaan bidang kecantikan memberi  pulangan lumayan kerana wanita hari ini sanggup membelanjakan wang untuk kelihatan cantik dan menarik.

“Kerana itu, kami pilih mengeluarkan produk kosmetik menggunakan jenama Angelic Glow, berasaskan tumbuhan semula jadi ,” katanya.

Angelic Glow Resources juga menyasarkan menjual 500 set produk kecantikannya itu setiap bulan selepas dilancarkan pada awal Februari lalu.

Ditanya mengenai perancangan Angelic Glow Resources bagi 2015, Siti Rahimah berkata pihaknya akan mengeluarkan lebih banyak produk kecantikan untuk badan dan kecantikan dalaman.

“Kami juga merancang meningkatkan jualan setelah mempunyai stokis di setiap negeri dan kami sasarkan selepas tiga bulan di pasaran produk Angelic Glow akan dijual antara 1000 ke 3000 set sebulan.

“Jika ini berjaya Insya-ALLAH kami akan dapat memenuhi sasaran jualan kami sebanyak RM800,000,” katanya.

0 Komentar untuk " Angelic Glow cari stokis "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ