WALAUPUN survival muzik dan kesenian tradisional Melayu hari ini semakin mencabar namun usaha memperkenalkan kepada masyarakat dunia tidak pernah menemui nokhtah.
Membawanya ke bumi Jepun, negara yang cukup tinggi ketamadunan serta budaya dan kesenian dalam kalangan masyarakatnya bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.
Lebih menarik, individu yang berusaha membawa dan memperkenalkan ke negara matahari terbit itu ialah rakyat Jepun sendiri.
Cintakan kesesinian tradisional Melayu
Jatuh cinta kepada kesenian tradisional Melayu menyebabkan Aki Nina-Uehara (perempuan), 35, terpanggil untuk mengangkat keunikan dan kehalusan kesenian tersebut di negaranya.
Bertubuh kecil molek, beliau yang mesra dipanggil Aki melihat kesenian tradisional Melayu mempunyai keunikannya tersendiri yang perlu dikongsi dengan masyarakat Jepun dan dunia.
Kali pertama bertemu beliau pada penghujung tahun 2013, ketika sama-sama menghadiri bengkel kesenian tradisional Kelantan di Pasir Mas, Kelantan.
Datang atas jemputan Geng Wak Long, kumpulan yang cukup aktif memperjuangkan kesenian tradisi Kelantan, beliau menyatakan Malaysia sudah seperti kampung sendiri yang sentiasa dekat di hatinya.
Fasih berbahasa Melayu, beliau sedikitpun tidak kekok bergaul dengan masyarakat kampung malah menyelami kehidupan masyarakat Kelantan dengan makan nasi beserta budu menggunakan tangan.
Setelah setahun, pada penghujung tahun lepas beliau kembali ke Malaysia dan kedatangannya kali ini penuh dengan pelbagai perancangan khusus untuk membawa lebih banyak lagi kumpulan kesenian tradisi Melayu ke negaranya.
Muzik tradisional ke Jepun
Mengendalikan syarikat sendiri dalam bidang pengatur acara dan terjemahan, Aki mula terlibat membawa kesenian tradisi Melayu ke Jepun tiga tahun lepas dengan membawa Mohd Kamrulbahri Hussin, pemain muzik tradisional untuk membuat persembahan secara solo di beberapa lokasi di Tokyo.
Penerimaan baik masyarakat Jepun ketika itu memberi semangat kepada beliau untuk membawa kembali Kamrul bersama kumpulannya, Geng Wak Long membuat persembahan dan mengadakan bengkel muzik tradisional Melayu di beberapa lokasi termasuk universiti di sekitar Tokyo pada Oktober tahun lepas.
"Masyarakat Jepun telah terdedah dengan kesenian sejak mereka kecil. Jadi untuk membawa individu dan kumpulan dari luar membuat persembahan di Jepun, harus mereka yang benar-benar berkualiti.
"Kamrul mempunyai ciri-ciri tersebut dan orang Jepun di Tokyo boleh menerima muzik yang dibawa dan mereka kagum dengan kebolehannya," katanya kepada Bernama ketika ditemui dalam kunjungannya ke Kuala Lumpur akhir tahun lepas.
Untuk tahun ini, Aki merancang membawa tarian tradisional Melayu dan persembahan wayang kulit ke Jepun.
Tujuaannya untuk memaparkan kepelbagaian kesenian yang dimiliki di Malaysia yang menjadi khazanah yang tidak ternilai harganya.
"Lebih banyak usaha diperlukan untuk membawa setiap kesenian tradisi ke mata dunia. Pendekatannya juga harus berbeza terutama untuk menarik minat golongan muda," katanya.
Jiwa di Malaysia
Darah seni yang mengalir pada tubuhnya banyak dipengaruhi oleh kedua-dua ibu bapanya yang terlibat dalam aliran itu. Bapanya, Tsuneko Uehara, seorang profesor muzik dan pengubah lagu di Universiti Osaka manakala manakala ibunya Kazuo Uehara, ialah guru piano.
Namun, pendedahan awalnya dalam kesenian tradisonal Melayu bermula sejak berusia 16 tahun ketika kali pertama menjejakkan kaki ke Malaysia.
Selama setahun tinggal bersama keluarga angkat di Pahang ketika menjadi seorang daripada peserta program pertukaran pelajar antarabangsa memberi pendedahan sedikit sebanyak tentang jenis kesenian tradisional Melayu.
"Setahun saya tinggal bersama keluarga angkat Melayu di Felda Bukit Saga, Pahang dan pernah bersekolah di sana.
"Ketika itu saya rasa seronok dan sangat selesa tinggal dengan keluarga angkat. Apabila pulang ke Jepun, saya rasa Malaysia sangat dekat di hati dan menyebabkan saya ingin kembali lagi ke sini dan mendalami tentang Malaysia terutama kesenian dan kebudayaan di sini," katanya yang telah berkahwin dengan seorang pemuzik kumpulan Taikuh Jikang, Masahiro Nina.
Setelah menamatkan pengajian di sebuah universiti di Tokyo dalam bidang sosial, beliau kembali ke Malaysia pada tahun 2002 untuk mempelajari bahasa Melayu secara khusus.
Beliau memilih Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai tempat pengajian Bahasa Melayu selama setahun dan kemudian menyambung di peringkat sarjana dengan mengambil pengajian Sastera sehingga menamatkan pengajian pada tahun 2007.
"Oleh kerana saya minat dalam bidang muzik, saya menyertai kelab kesenian dan kebudayaan sebagai pemain biola. Di situ saya mula mengenali kesenian tradisional Melayu secara lebih mendalam terutama lagu-lagu asli dan joget," katanya yang menghasilkan tesis sarjananya tentang Wayang Kulit Gedek di Kedah.
Buletin tentang Malaysia
Usaha memperkenalkan Malaysia kepada masyarakat Jepun tidak hanya dilakukannya melalui muzik dan kesenian sebaliknya beliau mencuba sesuatu yang baharu dengan menerbitkan buletin akhbar tentang Malaysia.
Projek tersebut yang telah dimulakan pada pertengahan tahun lepas dikongsi bersama seorang rakannya, Rie Takatsuka yang juga seorang penerbit dan pengarah filem.
"Saya mengenali Rie pada awal tahun. Beliau juga pernah bekerja di Malaysia dan turut jatuh cinta dengan Malaysia. Jadi kami berfikir bagaimana dan apakah caranya untuk memperkenalkan Malaysia kepada rakyat Jepun terutama di Tokyo.
"Akhirnya setelah berfikir secara mendalam kami memilih bidang penerbitan untuk diedarkan kepada masyarakat secara percuma di sini," katanya yang terpaksa mengeluarkan duit sendiri bagi menerbitkan buletin tersebut.
Buletin dalam Bahasa Jepun itu dicetak antara 2,000 hingga 5,000 naskah yang diedarkan di restoran-restoran Malaysia di Tokyo, di kedutaan Malaysia dan di pejabat-pejabat.
Kandungannya fokus kepada Malaysia terutama makanan yang popular, tempat-tempat menarik, industri filem, kesenian dan acara-acara penting.
"Buletin ini dikeluarkan empat kali setahun dan sehingga kini kami telah mengeluarkan dua siri yang diharapkan akan dapat memperkenalkan Malaysia lebih dekat kepada masyarakat Jepun," katanya. - Bernama

0 Komentar untuk " Anak Jepun gigih promosi Malaysia "