Serangan maut di Charlie Hebdo dirancang? - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Serangan maut di Charlie Hebdo dirancang?

ANKARA - TURKI. Timbalan Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) mendakwa serangan maut di Charlie Hebdo pada 7 Januari lalu adalah dirancang seperti adegan yang terdapat dalam filem.

Ahli Parlimen wilayah Gaziantep, Ali Sahin melalui laman sosial Twitter berkata, keadaan lalu lintas lengang ketika serangan berlaku dan ia seolah-olah kelihatan seperti sebuah babak filem.

"Sebaik sahaja penyerang keluar daripada kenderaan dinaiki dan melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang sedang terbaring juga dilihat menimbulkan tanda tanya. Arah senjata dan tembakan yang dilepaskan bukan kepada anggota polis, sebaliknya disasarkan di
bahagian hadapan mangsa. Tiada darah kelihatan. Kamera juga berhenti merakam selepas penyerang menembak polis dan meninggalkan kawasan tersebut," katanya.

Kenyataan Sahin bagaimanapun dihentam media sosial Turki dan beberapa pengguna turut menyifatkannya sebagai teori konspirasi. - Hurriyet Daily News

0 Komentar untuk " Serangan maut di Charlie Hebdo dirancang? "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ