PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat senada dengan sekutunya, PAS apabila turut mengakui tidak bersetuju dengan tindakan peguam hak asasi manusia, Eric Paulsen mengkritik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ketua Penerangannya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kenyataan Paulsen bahawa Jakim menyebarkan fahaman ekstremisme boleh dianggap sebagai penghinan kepada umat Islam.
"Saya tidak sepenuhnya bersetuju dengan kenyataan umum Eric yang boleh ditafsir menghina secara serkap jarang," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Bagaimanapun tambah Syed Ibrahim, beliau juga tidak bersetuju dengan proses penahanan Paulsen oleh polis pada Isnin lalu.
"Saya juga tidak bersetuju beliau ditahan begitu rupa, apatah lagi disusuli dengan tweet Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) tentang penangkapan Paulsen seolah-olah penjenayah besar yang cuba melarikan diri," katanya.
Pada Isnin lalu, Paulsen ditahan berikutan tweetnya mendakwa Jakim mempromosi fahaman ekstremisme.Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty itu ditahan di Brickfields pada pukul 9.40 malam. Terdahulu peguam itu membuat laporan polis di sini mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi Twitter dan WhatsApp.
Tambah Syed Ibrahim, kontroversi membabitkan kenyataan Paulsen perlu ditangani dengan baik terutama dalam memahami perkara dasar iaitu Malaysia sebagai negara majmuk pelbagai agama, kaum dan budaya.
"Namun perkara dasar ini akan hanya tinggal dasar jika kefahaman dan pelaksanaannya bercelaru atas motif politik dan emosi sentimen semata-mata.
"Saya dan PKR bersedia memainkan peranan untuk menyuburkan budaya dialog perbincangan dan mengelakkan budaya ancam mengancam serta ugutan," katanya.
0 Komentar untuk " Paulsen Menghina Secara Serkap Jarang - PKR "