Pasma sokong kerjasama PAS, Umno bangunkan Kelantan selepas banjir - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Pasma sokong kerjasama PAS, Umno bangunkan Kelantan selepas banjir

Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata kerajaan pusat pimpinan Umno dan PAS di Kelantan saling memerlukan dalam menjaga kebajikan rakyat negeri itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Januari, 2015.
PAS dan Umno perlu berganding bahu mengenepikan kepentingan politik untuk sama-sama membangunkan semula kehidupan rakyat Kelantan, kata Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, kerajaan PAS Kelantan dan Umno di peringkat kerajaan pusat saling memerlukan dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Saya setuju dan menyokong penuh cadangan supaya kedua-dua belah pihak bekerjasama demi kepentingan rakyat di negeri itu.

“Untuk membangunkan semula Kelantan, terutama melibatkan baik pulih pelbagai prasarana termasuk sekolah, jalan raya dan rumah yang rosak akibat banjir, sudah pasti memerlukan peruntukan yang besar.
“Hanya Umno yang menerajui kerajaan pusat mampu mengeluarkan sejumlah peruntukan besar bagi membiayai kos berkenaan,” katanya seperti dilapor akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Phahrolrazi sebelum ini berkata kepada The Malaysian Insider, objektif penubuhan PasMa bukan untuk menandingi PAS tetapi sekadar mahu mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, ahli PasMa kini mencecah puluhan ribu dan bukan sahaja terdiri daripada ahli PAS, malah ahli parti komponen dalam PR daripada pelbagai kaum.

“Kalau mereka penyokong PR, DAP, PKR, mereka bersama-sama kita. Ini untuk penyokong PR, asalkan ke arah positif mengukuhkan. Ke arah melemahkan, kita tak sokong.

“Kami melihat sekiranya parti politik PR yang kita sokong tak mahu bersama kita, mereka rugi kerana mereka tak gunakan kita sebagai jambatan untuk menyambung antara mereka dengan penyokong. Itu saja sebenarnya. Kami tak ada apa-apa masalah,” katanya.

Sementara itu, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kerjasama Umno dan PAS sudah terjalin melalui penubuhan Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan pada 26 Disember.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu berkata, inisiatif itu selaras dengan hasrat rakyat yang mahu melihat Umno dan Pas berganding bahu dalam menyelesaikan masalah banjir di Kelantan.

“Saya melihat politik itu isu kecil malah saya percaya, rakyat sama ada di seluruh negara dan Kelantan bersetuju isu banjir melangkaui sempadan politik.

“Kita di peringkat parti juga sedang cuba mencari jalan untuk mempertingkatkan kerjasama antara dua pihak,” katanya kepada Utusan Malaysia. – 6 Januari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pasma-sokong-kerjasama-pas-umno-bangunkan-kelantan-selepas-banjir#sthash.iLLgshu9.dpuf
0 Komentar untuk " Pasma sokong kerjasama PAS, Umno bangunkan Kelantan selepas banjir "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ