Latih usahawan francais Coolblog - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Latih usahawan francais Coolblog

COOLBLOG Dessert Sdn Bhd (Coolblog) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) mengadakan sesi perbincangan bersama calon Bumiputera yang berminat untuk menceburi perniagaan francais.

Coolblog dalam satu kenyataan media berkata, tujuan perbincangan itu adalah menggalakkan lebih ramai Bumiputera menceburi perniagaan francais Coolblog.

Dalam perbincangan di ibu pejabat PNS  di Bangsar itu, para peserta telah mendapat bimbingan daripada pegawai PNS mengenai pembiayaan dan pengurusan akaun.

Selain itu, peserta juga mendapat pendedahan daripada pihak Coolblog mengenai perniagaan Coolblog.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PNS Wilayah Selatan, Muhammad Shafiq Abdul Halim berkata, diharap program itu  membantu para peserta untuk menceburi bidang perniagaan francais Coolblog.

Beliau berkata, PNS mempunyai sasaran menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais yang mempunyai kepakaran dalam menguruskan perniagaan.

Pada masa sama, Coolblog berharap program itu membantu Bumiputera menjana pendapatan melalui perniagaan francais sekali gus perniagaan Coolblog berkembang tahun ini.

0 Komentar untuk " Latih usahawan francais Coolblog "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ