SHAH ALAM - Program #KITAKANISLAM Buat Kerana ALLAH di bawah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) dengan jalinan kerjasama erat bersama Kumpulan Media Karangkraf membawa mesej yang cukup padu dalam mengajak umat Islam mengimarahkan kembali surau dan masjid di Kelantan yang terjejas akibat banjir, baru-baru ini.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, program berkenaan diharap dapat menarik minat umat Islam menjadikan al-Quran peneman setia apabila al-Quran yang rosak akibat banjir digantikan dengan naskhah baharu berserta terjemahan.
“Kita ada beratus masjid dan dua ribu surau yang tenggelam dan rosak (Kelantan).. selain kerosakan surau dan masjid tersebut al-Quran di sana kebanyakkan juga rosak teruk.
“Jadi Karangkraf telah menginfaqkan al-Quran bernilai RM1 juta supaya boleh ganti al-Quran yang sudah rosak dengan al-Quran baharu, yang ada makna terjemahan supaya lepas ini orang pergi masjid baca al-Quran yang dia faham dia boleh hayati, dia boleh amalkan.
"Jadi masjid di sana akan jadi tempat pertemuan, sekali gus dapat menyatukan ummah,” katanya kepada Sinar Online.
Untuk rekod, al-Quran bernilai RM1 juta itu akan diagihkan di 582 masjid dan 2,000 surau di Kelantan.
WUI dan Karangkraf juga telah berjaya mengumpul sumbangan wang tunai sebanyak RM200,000 bagi tujuan operasi pemulihan.
Dalam perkembangan yang sama, Hussamuddin berharap agar sumbangan al-Quran tersebut di samping program Jom Ngaji yang akan diadakan di Kelantan nanti dapat menarik masyarakat untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kehidupan seharian mereka.
“Selepas ini al-Quran baharu akan ganti al-Quran lama, dengan ini kita harap masyarakat akan lebih berminat hendak baca dan pelajari al-Quran.
“Selepas itu, kita 'bina' Rumah Ngaji… kita sasarkan kalau boleh tiga tahun, sebanyak 3000 Rumah Ngaji dapat dibina di seluruh Kelantan supaya budaya membaca al-Quran kembali menjadi satu budaya dimana kita hendak orang mula balik belajar al-Quran, faham al-Quran… kalau boleh mereka 'ketagih' hendak baca al-Quran ,” katanya.
Program #KITAKANISLAM Buat Kerana ALLAH menyaksikan seramai 150 sukarelawan yang dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk membersihkan masjid dan surau yang telah dikenal pasti iaitu di jajahan Kota Bharu, Tumpat dan Kuala Krai, bertolak ke Kelantan hari ini.
Para sukarelawan ini kemudiannya akan meneruskan proses pemulihan masjid diikuti dengan program yang dinamakan Iqra bagi menyeru masyarakat setempat bersama-sama menghayati al-Quran.
Program Rumah Ngaji telah dijalankan WUI sejak setahun lalu dengan menyediakan kelas pengajian al-Quran serta melatih guru-guru mengaji secara percuma.

0 Komentar untuk " #KITAKANISLAM tarik masyarakat cinta al-Quran "