*MUSIBAH banjir ada berkatnya. Walaupun mulanya ditentang dan disindir oleh banyak pihak, idea untuk menyatukan Umno dan Pas di negeri Kelantan akhirnya menjadi kenyataan.
Kedua parti utama orang Melayu itu bersetuju untuk kerjasama bagi memulihkan semula negeri Serambi Makkah yang terjejas teruk akibat ‘bah kuning’ baru-baru ini. Lupakan politik, utamakan rakyat, dan majukan negeri.
Sudah berdekad lamanya negeri Cik Siti Wan Kembang kucar-kacir gara-gara ‘ghocoh politik sokmo-sokmo’. Untuk sekali ini ketepikanlah perbezaan politik antara kedua-dua pihak.
Jalinan kerjasama ini akan memudahkan lagi penyaluran bantuan – kerajaan pusat menguntukkan RM500 juta – dan membangunkan semula negeri ke arah lebih baik demi rakyat, insya-Allah.
*MESKI dalam keperitan menghadapi kesan banjir, ada berita baik sebagai penawar duka daripada kerajaan. Kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, kerajaan bersetuju memberikan bantuan ihsan sebanyak RM500 kepada setiap keluarga yang terlibat dengan banjir di seluruh negara.
Dalam pada itu bayaran BR1M pun akan diawalkan, dan bayaran bonus untuk kakitangan kerajaan pun akan dipercepatkan. Lebih ramai lagi petugas dan sukarelawan dari seluruh negara bergegas ke Kelantan untuk membantu.
Sementara bantuan kebendaan tiba dari semasa ke semasa, mangsa banjir yang dalam kebingungan dan duka nestapa juga perlukan motivasi dan pengisian nurani untuk menenangkan jiwa.
Yayasan Warisan Umah Ikhlas dengan sokongan Kumpulan Media Karangkraf dan Astro menggerakkan program ‘Kitakan Islam’ dengan tumpuan membersih dan membina semula masjid yang musnah akibat banjir di Kelantan.
Tidak sahaja membersih, program tersebut juga akan mengimarahkan tempat ibadat itu dengan kegiatan pengisian nurani menerusi ‘Rumah Ngaji’ yang menekankan kehidupan berpandukan al-Quran. Ada motivasi, ada ibrah, ada ceramah. Mari sama-sama kita imarahkan masjid. Kitakan Islam!
*ADA juga berita tidak baik. Kesan selepas banjir, terkena juga kepada penduduk di negeri-negeri yang tidak dilanda banjir, termasuk di Kuala Lumpur. Sehari dua ini pengguna, khasnya suri rumah, terkejut beruk ketika singgah di pasar.
Bukan terkejut sebab pasar dipenuhi lumpur banjir, tetapi kesal dan marah-marah sebab harga sayuran dan ikan tiba-tiba naik hingga 100 peratus dari harga sebelum banjir.
Menurut peniaga bekalan terjejas teruk sebab banjir. Konon, pemborong menaikkan harga gila-gila. Jadi menurut peruncit @ peniaga di pasar, mereka tidak ada pilihan lain kecuali menaikkan harga.
Peruncit menyalahkan pemborong. Pemborong menyalahkan pembekal. Maka berulanglah satira ‘Bangau, Oh Bangau’. Apabila lagu burung ini diulang, pengguna juga yang susah. Tidak kira musim banjir atau musim kering, pengguna selalu jadi mangsa.
*KALAU ikut kata menteri, walaupun banjir terburuk melanda negeri-negeri pantai timur, sayur dan ikan tidak sepatutnya naik mendadak. “Tak masuk akal,” kata Datuk Seri Ismail Sabri mengenai kenaikan harga hingga 100 peratus.
Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu, Kelantan dan Terengganu bukanlah pengeluar utama sayuran. Pengeluar utama sayuran ialah Selangor, Perak dan Johor, kesemuanya mengeluarkan 60 – 70 peratus keperluan sayur negara.
Bekalan ikan mungkin terjejas sebab laut pantai timur memang tidak boleh membekalkan ikan, lagi pun Disember memang biasa nelayan tidak turun sebab musim tengkujuh.
“Tetapi nelayan pantai barat boleh terus membekal ikan, jadi tak patut harga ikan naik seratus peratus.”
Kita percaya cakap menteri. Ertinya ada peniaga yang mengambil kesempatan dan sengaja menaikkan harga melampau untuk untung lebih. Biasalah, ketika ada orang susah ada pula segelintir yang mencekik darah.
Puntianak dan drakula seperti ini memang selalu wujud. Pihak berkuasa pun tahu kewujudan spesies hisap darah ini. Selalu kita dengar amaran pihak berkuasa akan bertindak. Tetapi seperti biasa juga, amaran tinggal amaran...
*AKHIR kalam, kata orang pembalakan haram di Kelantan khasnya di Lojing adalah salah satu penyebab bah kuning. Saya setuju. Maka semua telunjuk menghala ke Serambi Makkah.
Tetapi, semua orang tahu pembalakan haram dan penggondolon hutan tidak terjadi di Kelantan sahaja. Di Sarawak, Sabah, Selangor dan negeri-negeri lain pun hutan kita diceroboh. Malah, di Cameron Highlands beribu-ribu hektar hutan kita diceroboh dan diperkosa di depan mata. Kenapa semua pihak ‘buat dhek’?

0 Komentar untuk " Hentikan ‘ghocoh’ politik di Kelantan "