MAJALAH satira Perancis, Charlie Hebdo yang menjadi sasaran tiga lelaki bersenjata minggu ini tidak asing dengan kontroversi.
Charlie Hebdo yang mula diterbitkan pada 1970, menjadi terkenal kerana kerap menerbitkan karikatur bersifat biadab dan menghina terhadap ahli politik, tokoh masyarakat serta semua agama termasuk Islam dan Kristian.
Meskipun motif serangan Rabu lalu masih belum jelas, namun karikatur mempermainkan dan menghina Nabi Muhammad SAW yang kerap diterbitkan menimbulkan kemarahan umat Islam dan menjadikannya sasaran untuk serangan.
Pada November 2011, pejabat Charlie Hebdo telah dibakar pada hari sama majalah berkenaan menerbitkan karikatur yang menghina undang-undang Islam.
Muka hadapan majalah tersebut memaparkan karikatur lelaki Arab dengan dialog: "100 kali rotan jika anda tidak ketawa terbahak-bahak."
Pada September 2012 pula, majalah itu tidak mempedulikan bantahan masyarakat Islam di seluruh dunia terhadap filem Innocence of Muslims apabila menerbitkan empat karikatur yang jelas menghina Nabi Muhammad SAW.
Susulan itu, Kedutaan, konsulat, pusat kebudayaan dan sekolah antarabangsa Perancis di sekitar 20 negara diarah tutup.

0 Komentar untuk " Charlie Hebdo: Majalah satira penuh kontroversi "