Charlie Hebdo: Dua Suspek Ditembak Mati - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Charlie Hebdo: Dua Suspek Ditembak Mati




DAMMARTIN-EN-GOËLE: Polis Perancis menembak mati dua beradik yang disyaki membunuh 12 orang di pejabat akhbar satira, Charlie Hebdo di Paris, Rabu lalu.
Tindakan itu diambil selepas pihak berkuasa negara itu mempertingkatkan kawalan dan mengepung kawasan di mana kedua-duanya dikesan berada sejak Khamis.
Serbuan di sebuah gudang yang terletak 35 kilometer dari Paris di mana dua penjenayah itu berlindung digerakkan di mana seorang tebusan turut diselamatkan.
Letupan kedengaran apabila komando polis yang lengkap bersenjata menyerbu bangunan syarikat percetakan di timur laut Paris itu menjelang malam Jumaat.
Seorang anggota polis maut, manakala dua cedera dalam serbuan itu.
Dalam kejadian Rabu lalu, kedua-dua suspek berkenaan menembak mati 12 orang masing-masing dua anggota polis dan 10 wartawan dan kartunis akhbar mingguan itu.
Kedua-dua bersaudara ini dikatakan terbabit dalam kegiatan militan di mana susulan insiden berdarah itu, dua lagi kejadian tembakan berlaku di negara itu.
0 Komentar untuk " Charlie Hebdo: Dua Suspek Ditembak Mati "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ