Banjir: PKR Bantah Kerjasama Umno-PAS Bangunkan Kelantan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Banjir: PKR Bantah Kerjasama Umno-PAS Bangunkan Kelantan


PETALING JAYA: Hubungan baik antara PAS dan Umno dalam membantu rakyat Kelantan yang terjejas teruk akibat bencana banjir yang melanda negeri itu menimbulkan keresahan di kalangan sekutu Pakatan Rakyat.

Menyifatkan kerjasama membabitkan dua parti politik itu sebagai 'tidak perlu', Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan mahu pimpinan PAS dan Umno supaya membezakan antara isu politik dan kebajikan rakyat.

Malah Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir turut mengingatkan kepimpinan PAS supaya tidak terjerat dengan mainan politik Umno.


Abdul Aziz Kadir

"Sekarang bukan masanya nak bercakap tentang soal politik, fokus kepada soal pembangunan semula Kelantan.

"Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan Pusat untuk bantu kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu bencana alam...jadi tak perlu dikaitkan dengan Umno ataupun PAS," katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Beliau mengulas mengenai kesediaan PAS dan Umno untuk mengetepikan agenda politik demi membantu rakyat Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir yang disifatkan umpama tsunami baru-baru ini.

Kerjasama dua parti politik itu juga telah terjalin melalui penubuhan Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan pada 26 Disember lalu.

Rentetan itu, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan juga menubuhkan Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir bagi memulihkan semula kehidupan rakyat di negeri itu.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz yang 'tidak senang' dengan perkembangan itu sebaliknya mendakwa kerajaan Persekutuan seolah-olah tidak ikhlas membantu Kelantan yang kini berada dalam kesusahan.

"Umno dan kerajaan Pusat janganlah nak ugut Kelantan, jangan ambil kesempatan untuk kepentingan politik.

"Kalau nak bantu, jangan sentuh soal politik. Bantu dengan ikhlas," katanya.

Selain itu, menyentuh mengenai pengurusan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, Abdul Aziz melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

Menurutnya, kedua-dua kerajaan itu dilihat tidak seiring dalam isu agihan bantuan kepada mangsa banjir khususnya yang hanya tinggal sehelai sepinggang.


0 Komentar untuk " Banjir: PKR Bantah Kerjasama Umno-PAS Bangunkan Kelantan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ