Balak, Bala dan Banjir - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Balak, Bala dan Banjir

"Dalam ruangan siber, sibuk puak-puak UMNO, serta pencacai mereka, tak kira dari pihak tertinggi sampai bawahan, menyalahkan salah tadbir PAS dengan isu pembalakan yang menyebabkan keadaan banjir teruk di Kelantan tahun ini.

Adakah mereka sudah lupa? Dan mereka tidak sedar, bahawa isu ini sudah lama disuarakan. Malahan PR telah menggesa agar siasatan dibuat (PR gesa siatan balak). Tetapi setelah banyak siasatan dilakukan, akhirnya SPR, Jabatan Audit Negara dan lain-lain terpaksa menyepi, kerana rupa-rupanya kerajaan PAS amanah dan menjalankan kerja dengan integriti dan baik, tetapi orang UMNO yang sebaliknya dan terkena taik dan ludah mereka.

Sesungguhnya manusia tidak dapat melawan takdir dan kuasa Allah, seperti puting beliung, banjir, gempa bumi, dll. Tidak dinafikan, kejadian bencana alam adalah disebabkan oleh manusia juga. Manusia telah melakukan perkara bodoh, yang mereka sangka bijak, dengan mengubah ciptaan Allah yang amat sempurna. Semua ini adalah demi memenuhkan kantung duit masing-masing.

Hutan belukar di tebas, gunung dan bukit diratakan, sungai-sungai dicemar dan diluruskan, dan banyak lagi. Semua pembangunan tidak memikirkan ekosistem langsung. Tambahan pula, pihak berkuasa tidak berkuasa dan bermaya, kerana akur pada yand 'diberi amanah dan kuasa'.

Berbalik kepada isu balak. Majlis Perhutanan Negara hanya membenarkan Kerajaan Kelantan menebang balak sebanyak 6890 hektar setahun atau sebanyak 34,450 hektar untuk 5 tahun.

Semasa UMNO mentadbir Kelantan dulu (cth: 1985-1989), sebanyak 158,200 hektar balak telah digondol, iaitu bersamaan 31,640 hektar setahun. Pulangan hasil balak untuk negeri adalah cuma RM167.6 juta (RM1,060/hektar) sahaja.

Tetapi setelah PAS ambil alih (cth: 1994-1998), cuma kira-kira 30,451 hektar telah digondol dalam masa 5 tahun (UMNO bikin setahun shj untuk jumlah yang lebih kurang sama), iaitu bersamaan 6,090 hektar setahun. Jumlah ini kurang 800 hektar/setahun daripada saranan MPN. Tetapi, hasil pulangan pembalakan adalah RMRM361,77 juta (RM11,880/hektar).

Beza banyak tu:
UMNO = gondol 5 kali ganda tapi dapat kpd kerajaan negeri ciput.
PAS = gondol sikit tapi pulangan untuk kerajaan negeri hampir 10 kali ganda bagi setiap hektar!!!!

Jadi? Siapa lebih rakus? Kemana lesapnya wang balak RM juta-juta tu?
Siapa lebih amanah dan bijak mengurus? Sebab tu, dulu masa UMNO, kerajaan negeri hutang bertambah setiap tahun, tetapi wakil rakyat dan pemimpin makin kaya. Kini, hutang kerajaan negeri semakin susut.

Belum lagi lapuran-lapuran pembalakan di Negeri-negeri lain seperti Pahang, Sarawak, Selangor, Johor dll.

Menurut lapuran audit, Pahang lagi teruk.

Tasik Cini bakal lenyap

Pengurusan Hutan Di Kelantan, Pahang, Johor Dan Sarawak Kurang Memuaskan

Balak: Kenapa Kelantan dan Kedah, Pahang bagaimana?

BANDINGKAN BALAK PAS DENGAN BALAK UMNO/BN

Jadi Ketua Bahagian UMNO pun boleh dapat kawasan balak, inikan pula yang high profile. Nak buat camna?

Hasil Balak

Disiasat lagi, rupa-rupanya gambar udara diambil kebanyakkan adalah projek tanam semula di Kelantan. Malahan faktor projek TNB Kenyir 2 tidak diambil kira.

Harap pencacai UMNO fikir dahulu sebelum menabur fitnah. Jangan pula cyber troopers anda dipersalahkan lagi, dan dikutuk dalam Perhimpunan Agung UMNO hadapan.
"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: mat_sempoi

0 Komentar untuk " Balak, Bala dan Banjir "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ