Apa yang mungkin dilakukan DAP jika Pakatan berpecah - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Apa yang mungkin dilakukan DAP jika Pakatan berpecah

Sebagai ‘pelakon utama’ dalam awalan kepada perpecahan Pakatan yang mungkin berlaku, parti cenderung kapitalis yang dahulunya berfahaman sosialis DAP perlu mempertimbangkan pilihannya sekiranya isu hudud yang ia mainkan, mencetuskan kehancuran Pakatan.

Undang-undang Islam Hudud, titik lemah daripada Pakatan, terus menghantui mereka selepas pakatan pembangkang persekutuan itu cuba untuk mengebumikan isu itu di bawah sebab "konsensus", tanpa benar-benar menyelesaikannya pada kali terakhir ia tercetus.

Ketua umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelakkan soalan-soalan mengenai keputusan pakatan itu dengan memberikan jawapan "bersetuju untuk tidak bersetuju".

Apapun masalahnya dengan isu itu, ia terletak di bahu DAP dan PAS Kelantan yang mahu meneruskan rancangan hududnya, sebuah hal yang akan meletus.

Daripada kesemua parti-parti komponen Pakatan, DAP telah menyatakan pendiriannya dan menyatakan bahawa pelaksanaan undang-undang Islam atau pengisytiharan negara Islam apabila "mayat mereka dilangkah".

Kesemua kepimpinan negeri dan pusat parti itu seolah-olah bersetuju dalam hal ini, walaupun ketua DAP Selangor Tony Pua sedang menjadi salah seorang yang mengkritik PAS, walaupun itu mungkin merupakan tugasnya sebagai ketua publisiti kebangsaan parti itu.

Ia mungkin hanya sesuai dilakukan oleh orang yang menduduki kerusi panas itu.

Dan DAP adalah satu-satunya parti dalam Pakatan yang menjadi dalang dengan kerap mengkritik PAS kerana meneruskan agenda hudud, dan telah berkali-kali menyatakan yang ia bersedia untuk keluar dari Pakatan jika parti Islam itu tetap berkeras. Tidak seperti PAS dan PKR, yang masih mencari titik tolak ansur.

Tetapi kelihatan yang sejauh ia melibatkan DAP, sama ada Pakatan membuang PAS atau parti yang dipimpin kaum Cina itu keluar dari Pakatan.

DAP nampaknya telah menyemai benih-benih kebebasannya sejak beberapa bulan lepas.

Apa pun penghujungnya, DAP akan menghadapi salah satu daripada tiga kesan akibat tindakannya.

Kemungkinan pertama ialah DAP dan PKR kekal dalam Pakatan dengan PAS diusir. Setakat ini ia adalah senario yang terbaik kerana DAP akan menyingkirkan PAS dan hudud, tetapi masih mempunyai akses kepada nama dan sumber Pakatan.

Ia mungkin akan lebih selesa di Selangor kerana ia kini boleh mengambil lebih daripada PKR, kerana ia akan menjadi parti Pakatan dengan kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri.

Walaupun ia masih boleh membenarkan PKR menerajui negeri industri itu, ia boleh menuntut lebih sekadar kerusi timbalan speaker kedua, dan amat mungkin memilikinya dengan pemergian wakil-wakil PAS dalam exco negeri, dan lantikan-lantikan politik lain.

Namun masih belum diketahui jika DAP masih mahu bekerjasama dengan PKR kerana ia tidak lagi memerlukan Anwar atau perlu mengalah kepada sesiapa sahaja untuk mengimbangi PAS, dan ia mungkin tidak lagi mahu tunduk kepada arahan dari parti Anwar yang telah memulakan huru-hara melalui Serampang Kajang.

Kemungkinan dua melihat DAP keluar dari Pakatan manakala PAS kekal bekerjasama dengan PKR.

Dalam kemungkinan ini, DAP akan kehilangan manfaat memegang kuasa di Selangor, tetapi masih boleh mentadbir Pulau Pinang.

DAP bagaimanapun masih boleh beruntung jika ia mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada kemungkinan berpecahnya Pakatan.

Saya telah katakan sebelum ini bahawa jika Pakatan adalah sebuah konsert rock, DAP adalah krew teknikal dan pegawai promosinya, manakala PAS adalah krew keselamatan dan penonton manakala PKR adalah bintang rock itu sendiri.

Apa yang akan DAP, krew teknikal dan promosinya, lakukan selepas kehilangan krew keselamatan dan penonton mereka, dan bintang rock?

Separuh daripada itu telah pun dikendalikannya kerana DAP telah mula merekrut bintang-bintang rocknya sendiri, iaitu personaliti-personaliti menonjol bagi menyaingi personaliti-personaliti dalam PKR.

Sementara bagi separuh yang lain, ia boleh bekerjasama dengan parti-parti yang berkongsi sejarah sosialisnya seperti PSM yang akan dapat menyediakan peringkat akar umbinya bagi keselamatan dan penonton yang dahulunya disediakan PAS.

Namun ada kemungkinan ketiga, yang mana keadaan semasa masih berterusan, di mana kesemua pemimpin Pakatan bermesyuarat lagi dan kemudian keluar sambil berpelukan antara satu sama lain dan mengisytiharkan sebuah lagi perjanjian untuk tidak bersetuju.

Politik telah menyatukan pihak-pihak yang tidak dijangka ini, ia mungkin masih akan mencetuskan sebuah senario yang lebih menghairankan.

0 Komentar untuk " Apa yang mungkin dilakukan DAP jika Pakatan berpecah "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ