Kumpulan berhaluan kanan kerap melabel mereka yang berbeza pendapat sebagai anti-Islam, menurut surat terbuka oleh 25 tokoh Melayu baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Disember, 2014.
Salah seorang yang menandatangani surat terbuka menyeru dialog rasional mengenai Islam di Malaysia diadakan berharap tindakan mereka akan mendorong “sesuatu yang positif”.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Shaikh Daud Md Ismail yang sudah bersara melahirkan kebimbangannya mengenai hubungan kaum di Malaysia, dan berkata keadaan semakin teruk akhir-akhir ini berikutan “kenyataan lucu” daripada ahli politik dan pemimpin.
Katanya, Putrajaya tidak bersungguh-sungguh mengawal pandangan ekstremis, sebagai bukti semakin ramai yang membuat kenyataan tidak sensitif, yang menyumbang kepada peningkatan ketegangan kaum dan agama.
Dengan keyakinan itu, beliau bersetuju menambah namanya dalam surat itu, iaitu draf yang dihantar kepadanya menerusi emel bulan lalu.
“Najib kata dia mahu mendengar pandangan daripada majoriti pasif, dan kini majoriti yang pasif ini sudah bersuara, dia patut dengar,” katanya kepada The Malaysian Insider merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 11 November, tahun lalu.
Dalam ucaptama di program dialog mengenai kepelbagaian di Majlis Damai dan Rekonsiliasi Asian/Isis Malaysia, Najib menyeru majoriti senyap dalam negara “menenggelamkan” suara ekstremisme, dan berkata kepelbagaian patut dihargai dan dipertahankan.
Tahun ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata kelompok besar yang tidak menyuarakan pendapat dalam negara perlu ke depan membantah ekstremisme agama dan ketaksuban.
Shaikh Daud berkata sekarang adalah masa penting mendengar pandangan kelompok sederhana, dan melahirkan harapan “sesuatu yang baik” dapat dihasilkan daripada tindakan mereka mengeluarkan surat terbuka itu, yang kini menjadi perbualan di kalangan rakyat Malaysia.
“Harapan saya ialah sesuatu yang positif akan terhasil daripada tindakan ini,” katanya.
Seorang lagi yang menandatangani surat itu, bekas ketua pengarah Perkhidmatan Veterinar Tan Sri Dr Mustaffa Babjee, berharap kedua-dua undang-undang sivil dan Islam di kaji semula, dan berkata Parlimen adalah platform terbaik membahaskan perkara itu.
Katanya, Malaysia satu contoh terbaik dalam amalan Islam sederhana dan beliau mahu reputasi itu dikekalkan.
Beliau berkata seorang rakannya yang tidak mahu didedahkan identiti, menghubunginya baru-baru ini meminta sokongannya untuk kesederhaan dan sebaik saja beliau setuju, draf draf surat itu diemel minggu lalu.
“Kami semua pesara, ini apa yang kami boleh buat. Saya setuju dengan pandangan surat itu, kita patut melihat sesuatu secara sederhana dan saya harap Parlimen boleh berbuat sesuatu mengenainya,” katanya.
Selain Shaikh Daud dan Dr Mustaffa, mereka yang menyokong surat itu termasuk bekas kakitangan awam berpangkat tinggi seperti ketua pengarah, ketua setiausaha, duta dan individu terkemuka, semuanya berbangsa Melayu.
"Memandangkan kesan retorik pedas itu dalam hubungan antara kaum dan kestabilan politik di negara ini, kami merasakan wajib untuk kita mengambil kedudukan bersama orang ramai," kata Datuk Noor Farida Ariffin, bekas duta Besar Malaysia ke Belanda, dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak 25 individu itu.
"Kami juga menggesa rakyat Malaysia lebih sederhana untuk bersuara dan menyumbang kepada perbincangan awam yang lebih baik dan rasional tentang kedudukan undang-undang Islam dalam perlembagaan demokrasi dan mendesak menangani pecahan kuasa antara bahagian persekutuan-negeri dan mencari penyelesaian ke akar umbi cerita kehidupan dan hubungan yang rosak kerana pertempuran berkenaan hak dan identiti," katanya.
Mereka juga melahirkan kebimbangan pihak berkuasa agama “menggunakan kuasa melebihi bidang kuasa” dan fatwa yang dikeluarkan melanggar Perlembagaan Persekutuan dan proses rundingan.
Surat itu juga menolak kumpulan berhaluan kanan yang menuduh dan melabel pengkritik mereka sebagai anti-Islam, anti-monarki dan anti-Melayu, dan berkata tindakan melabel seperti itu menyebabkan “perbincangan rasional dan resolusi konflik menjadi sukar”.
Surat itu juga menyifatkan penggunaan Akta Hasutan “ancaman berterusan untuk mendiamkan sesiapa yang bertentangan pendapat”.
Antara cadangan yang disyorkan dalam surat itu ialah keperluan memupuk kesedaran mengenai kepelbagai pandangan dan tafsiran dalam Islam.
Mereka menyeru Najib, sebagai perdana menteri, untuk “menerapkan kepimpinan peribadinya”.
Surat itu dibuat ketika hubungan kaum dan sentimen agama semakin sukar selepas pilihan raya umum tahun lalu apabila Barisan Nasional menyalahkan kaum Cina atas kekalahannya.
Pengkritik juga menuduh Najib terlalu menuruti pandangan konservatif dalam Umno untuk kekal berkuasa. – 10 Disember, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/surat-terbuka-kerana-putrajaya-tidak-bersungguh-mengawal-ekstremis-kata-bek#sthash.U034EWwO.dpuf

0 Komentar untuk " Surat terbuka kerana Putrajaya tidak bersungguh mengawal ekstremis, kata bekas hakim "