Subsidi tinggi faktor sukar turun harga diesel - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Subsidi tinggi faktor sukar turun harga diesel

KAMPAR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek menjelaskan, kenaikan harga runcit bagi minyak diesel kepada 3 sen seliter berikutan subsidi besar diberikan kerajaan sebelum ini.

Menurutnya,  kerajaan sukar menurunkan harga runcit diesel berbanding harga petrol yang turun bermula malam kelmarin.

“Setelah dikaji dan dibincangkan semula sepanjang tempoh November lalu, subsidi dikeluarkan kerajaan sebelum ini terlalu besar, jadi kita tidak boleh turunkan harga untuk diesel.

“Melalui kaedah apungan harga yang kita guna sekarang, tiada pilihan untuk kita sebaliknya naikkan harga 3 sen seliter walaupun petrol mengalami pengurangan,” katanya selepas merasmikan pembukaan Pasaraya Giant di sini, semalam.

Pada 21 November lalu, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai 1 Disember.

Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010.

Kerajaan mengumumkan harga runcit RON97 turun 9 sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun 4 sen seliter kepada RM2.26 seliter, selepas 12 tengah malam kelmarin.

Hasan berkata, harga runcit bagi minyak diesel dinaikkan tiga sen seliter kepada RM2.23 seliter.

Katanya, harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95, RM2.30 seliter, manakala diesel ialah RM2.20 seliter dan harga baharu itu akan berkuat kuasa hanya untuk Disember.

Beliau berkata, bagaimanapun kerajaan akan memantau pasaran harga pada bulan ini bagi menetapkan harga runcit petrol dan diesel untuk bulan berikutnya.

“Kita akan mengkaji beberapa pendekatan baharu berdasarkan maklum balas daripada peringkat akar umbi khususnya rakyat.

“Kenaikan sebanyak 3 sen seliter adalah kecil berbanding subsidi diberikan sebelum ini dan namun kerajaan akan memantaunya secara bulanan, pengguna jangan khuatir,” katanya.

Hasan berkata, pihaknya turut berharap semua pihak memberikan kerjasama khususnya peniaga, peruncit dan pemborong supaya menurunkan harga barang melalui promosi berskala besar susulan daripada penurunan harga petrol.

0 Komentar untuk " Subsidi tinggi faktor sukar turun harga diesel "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ