Sikap Pemerimaan Prinsip Islam Perjuangan PKR makin Jelas - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Sikap Pemerimaan Prinsip Islam Perjuangan PKR makin Jelas

Kalau dulu PAS bertentangan dengan UMNO atas dasar pelaksanaan Islam sehingga Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah berkata jika UMNO buat (laksana) Islam, PAS akan dibubarkan. Tapi kini PAS berhadapan dengan PKR dan rakan PR. Apa berzanya PKR dengan UMNO dalam soal prinsip perjuangan PAS??

PKR persoal tujuan PAS bentang hudud ketika BN dilanda skandal 1MBD:

PKR mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS yang mahu membuat pindaan enakmen hudud ketika pemimpin Umno khasnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilanda skandal 1Malaysia Developement Bhd (1MDB).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Latheefa Koya berkata mengelirukan apabila pengumuman sidang khas Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk membuat pindaan enakmen Kanun Jenayah Syariah II dibuat ketika Umno/Barisan Nasional (BN) sedang tertekan dengan skandal 1MDB.
"Kenapa secara tiba-tiba saja? Dan apa keperluan diadakan sidang khas untuk mengendalikan isu ini?

"Adakah ia agenda untuk menarik perhatian umum daripada krisis 1MDB dan digantikan dengan konflik PAS dan DAP," katanya yang juga peguam daripada PKR.

Sehubungan itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub dituntut menjelaskan perkara ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri Kelantan perlu memberikan tumpuan kepada membanteras rasuah dan salah guna kuasa oleh kerajaan BN daripada tergesa-gesa melaksanakan hudud.

Kritikan ini dibuat ketika sesetengah pimpinan PAS didakwa sedang berbaik-baik dengan musuhnya selama ini iaitu Umno khasnya di Kelantan sehingga melahirkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang melobi agar PAS terus kekal dengan Pakatan Rakyat (PR).

"PAS perlu membetulkan keutamaannya ketika masalah ekonomi yang dihadapi orang biasa di negara ini meningkat," katanya.

Katanya, PAS perlu mempertingkatkan maqasid syariah untuk melindungi maruah manusia, kebebasan, kebajikan sosial daripada meruntuhkan konsep keadilan Islam dengan hukuman yang keras.

Dengan tindakan PAS meneruskan sidang khas, ia akan meneruskan konflik yang tidak perlu, salah faham dan debat politik tentang hudud yang bakal melahirkan salah faham terhadap keadilan Islam.

"Ia hanya akan memberikan lebih banyak fitnah kepada nama baik Islam," katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan mengadakan satu sidang khas pada 29 Disember ini bagi mengemukakan pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan melalui Facebook mengumumkan perkara berkenaan selepas satu sidang media yang diadakan menteri besar pada 14 Disember lepas.

"Ia akan diadakan bagi membolehkan satu rang undang-undang persendirian dibawa ke Parlimen," kata Ahmad dalam satu sidang media yang turut dihadiri Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Yaakob dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood.

1MDB yang dipimpin perdana menteri pula sedang dilanda skandal apabila pelbagai pihak mempertikaikannya.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata skandal ini bakal meletup dan memakan mangsanya.

0 Komentar untuk " Sikap Pemerimaan Prinsip Islam Perjuangan PKR makin Jelas "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ