Oleh Adeeba Adni
adibaadniwriter@yahoo.com
Hebohnya pemimpin di mana-mana, media elektronik, cetak dan sosial, tidak menjamin keharmonian rakyat Malaysia. Bahkan, kenyataan-kenyataan mereka seringkali mempolarisasikan rakyat dan menebalkan persepsi negatif dan saling tidak percaya di kalangan anggota masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan latarbelakang.
Pemimpin dan kepimpinan sedemikian tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan masa depan mereka.
Rakyat bijak sama sekali tidak akan memilih mereka menjadi pemimpin atau wakil-wakil rakyat jika peluang itu diberikan secara bebas.
Pengulangan sering menimbulkan rasa tidak mempercayai di kalangan manusia, dengan dokongan tujuan golongan-centric, yang tidak nampak kesudahannya akan dihukum oleh Allah swt akhirnya.
Strategi sedemikian tiada dalam ajaran Islam.
Tidakkah ada di kalangan mereka yang mempercayai Tuhan menganjurkan diberhentikan pemikiran dan perlakuan yang menyebar onar lagi merosakkan sahsiah manusia dan menjahanamkan segala kebaikan dan pengurusan hal ehwal manusia yang sewajarnya dilaksanakan secara jujur, telus, bersistem, profesional dan cemerlang?
Seolah-olah segala ucapan dan tindak-tanduk pemimpin itu telah diatur untuk mencapai sesuatu tujuan yang pastinya bukan untuk kebaikan seluruh rakyat Malaysia. Mereka inilah yang sebenarnya para pelampau (extremists) - lebih hina, kerana mereka menggunakan kedudukan dan kuasa mereka untuk berbuat kerosakan di kalangan rakyat.
Membina kekuatan insan, kelompok dan masyarakat sewajarnya menjadi agenda para pemimpin rakyat Malaysia. Rakyat bijak sewajarnya memilih mereka yang berhasrat sedemikian sebagai pemimpin. Pemimpin sedemikian kebiasaannya tidak banyak kelihatan dalam media masa kerana kesibukan mereka mengurus hal rakyat dan jika ada lontaran pemikiran mereka menghebahkan nilai-nilai baik yang harus disemai dalam diri rakyat agar berdaya, kreatif dan berinovasi untuk menghadapi cabaran-cabaran yang ditempuhi, disamping mengajukan model-model yang praktikal memperbaiki keadaan sedia ada. Mereka adalah kalangan yang mudah dihampiri dan bersedia memberi bimbingan jika diperlukan.
Bahkan menyediakan pasukan yang sesuai untuk bersedia membantu rakyat jika diperlukan. Mereka bukan pemimpin upacara rasmi dan hebat ucapan-ucapan mereka di atas pentas saja. Rakyat bijak akan memilih mereka ini menjadi wakil rakyat.
Rakyat bijak tidak akan memilih para pemimpin yang selamanya bertujuan untuk mendominasi orang lain, kelompok lain dan selamanya ingin kelompoknya saja yang berkuasa. Mereka ini tidak segan silu, malah tidak merasa berdosa berdusta, memfitnah, mereka-reka skandal mencemar kemuliaan orang lain dan mempunah-ranahkan milik rakyat semata-mata menegakkan kepalsuan agar terus berkuasa.
Rakyat bijak tidak akan terpedaya dengan segala omongan dan kata-kata atau tulisan mereka yang sengaja menerbitkan ketidakpercayaan sesama manusia, sewenang-wenangnya menghina kelompok lain dan beraksi mempamerkan kekuatan politik mereka serta menakut-nakutkan rakyat.
Rakyat bijak akan menasihatkan pemimpin dan mengingatkan mereka untuk memberi keutamaan ke arah menghasilkan yang terbaik untuk memenuhi keperluan-keperluan rakyat yang begitu banyak. Tumpuan dan masa mereka wajar meneliti bagaimana untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat bukan menghabiskan masa dan segala sumber yang ada dengan percaturan politik yang tidak mendatangkan sebarang faedah, bahkan merugikan.
Di antara tugas pemimpin dalam kerajaan ialah menjadi fasilitator dan koordinator, menggembleng dan menghimpun segala kepakaran rakyat untuk menggubal dasar dan memastikan pelaksanaannya agar status masa depan rakyat dan negara terurus dengan baik dan terjamin.
Ia memastikan wujudnya mekanisme yang mesra rakyat, bermula dengan amalan kebebasan maklumat, menangani berbagai bentuk korupsi, ketirisan dan pengurusan buruk sistem-sistem pentadbiran hal ehwal rakyat serta mengamalkan ketelusan dan penerimaan maklum balas langsung dari rakyat.
Kerajaan beramanah untuk merapatkan jurang-jurang negatif di kalangan rakyat sehingga tertegaknya keadilan dan kesaksamaan dengan sempurna.
Rakyat yang bijak adalah mereka yang memahami dan mengasihi para pemimpin dan memberi mereka peluang untuk menerima nasihat dan berlapang dada dengan kesungguhan dan ketulusan yang dipamerkan. Rakyat yang bijak juga memahami dan berwaspada terhadap para pemimpin yang acapkali terbukti berkata tanpa ada hati sebesar zarah pun untuk melaksanakan apa yang dikatakannya, hanya ingin berkuasa dengan apa cara sekalipun, walaupun diselaputi dosa setebal mana selamanya.
Mereka mengawal kehidupan rakyat dalam semua bidang keperluan mereka: telekomunikasi, pengangkutan, kesihatan, pendidikan, air, elektrik, petrol, makanan, perumahan, keselamatan, pemilikan tanah, dan ribuan perkara lagi serta pemilihan wakil-wakil rakyat menerusi jentera di bawah kekuasaan mereka, syarikat-syarikat dan badan berkanun di bawah kekuasaan mereka, akta-akta dan pilihan raya.
Rakyat yang bijak tidak akan memilih pemimpin yang niat mereka semata-mata ingin berterusan mengawal rakyat sehingga rakyat dibisukan, dikakukan, hanya menurut perintah, supaya tidak menghiraukan dan mengganggu segala yang nafsu mereka (pemimpin) ingin jayakan.
Kenapa gila kuasa sedemikian? Kuasa memberi akses kepada segala khazanah dan kekayaan rakyat. Pemimpin yang kemaruk nafsunya tidak akan rasa bersalah untuk mengambilnya tanpa ketelusan dan untuk kepentingan diri dan kelompoknya. Dalam proses itu, pemimpin sebegitu akan menyisih semua anasir yang mengingatkannya dan memberi nasihat yang baik supaya kepentingan rakyat diurus secara baik. Pandangan alternatif sama sekali tidak dilayan. Semua yang tidak sekufu dengan pendapatnya akan ditentang dan dihapuskan penentangan serta dimatikan, terutamanya karier politik para penasihat yang baik.
Begitulah scenario politik di Malaysia ini yang diurus oleh ahli-ahli politik. Tetapi masih ada yang ikhlas yang masih menjadi harapan kita untuk mereformasi keadaan. Jadilah rakyat yang bijak. Pilihlah pemimpin yang sentiasa membuat kita rasa selamat, bersedia mendengar pandangan alternatif, membantu rakyat untuk membuat yang terbaik, bersungguh ingin memahami kesulitan dan merubah keadaan rakyat. Merakalah juga yang akan sentiasa mengumumkan kepada rakyat, berbincang dengan mereka mengenai perkara-perkara utama yang mengesani rakyat, khususnya yang akan dibangkitkan dalam sidang-sidang Dewan Negeri dan Dewan Rakyat. Kenali secara langsung para pemimpin yang ingin kita pilih sebagai wakil-wakil kita di Dewan Negeri dan Parlimen nanti. Proses pengenalan dan pemantauan itu bermula dari sekarang.
Rakyat yang bijak akan memilih setelah jelas prestasi bakal-bakal pemimpin itu dalam pilihan raya akan datang.
Hanya pilihan yang tepat boleh menentukan jaminan masa depan Malaysia yang harmoni, bersatu dan menjadi contoh dunia. Rakyat yang bijak yang akan menentukannya - jangan lalai, jangan dilalaikan.

0 Komentar untuk " Rakyat bijak, masyarakat harmoni, negara contoh "