SOUTHERN Tigers Sdn Bhd (STSB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan premis pengedar barangan dan pakaian sukan 100 peratus milik Bumiputera, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd (Al-Ikhsan).
Ketua Pegawai Pemasaran STSB, Ahmad Yani Ismail berkata, dengan termeterainya perjanjian itu, peminat dan penyokong Harimau Selatan kini boleh mendapatkan pelbagai barangan serta produk keluaran Southern Tigers di 30 cawangan utama Al-Ikhsan di seluruh negara.
“Perjanjian ini membolehkan peminat dan penyokong yang tinggal di luar dari negeri ini mendapatkan barangan tulen Southern Tigers dengan mudah,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Al-Ikhsan, Mohd Shane Mohd Isa berkata, perjanjian berkenaan membolehkan pihaknya mengorak langkah ke hadapan untuk memperkukuh dan mempromosikan jenama Al-Ikhsan dengan menjadi pengedar sah bagi produk serta barangan Southern Tigers.
Selain STSB, Al-Ikhsan turut bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan produk jenama ragbi terkemuka dunia iaitu Canterbury yang menaja pakaian kepada pasukan Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU).
Mengulas mengenai pembukaan Al-Ikhsan Megastore, Mohd Shane berkata, cawangan terbaharu itu merangkumi empat tingkat yang memperagakan barangan wanita dan kanak-kanak, koleksi larian lelaki dan wanita, sandal dan kasut bola keranjang, fesyen harian dan ‘lifestyle’, produk ragbi dan motorsport, pelbagai aksesori sukan selain barangan bola sepak, futsal dan jersi.
“Diharap dengan pembukaan cawangan Al-Ikhsan di setiap negeri di Malaysia memberi peluang semua golongan memiliki barangan sukan berkualiti dengan harga berpatutan dan semestinya original,” katanya

0 Komentar untuk " Produk STSB kini di Al-Ikhsan "