MENURUT laporan Bank Dunia, hasil kasar atau GDP negara-negara membangun seperti Malaysia ialah kira-kira 40 peratus daripada jumlah kekayaan pada keseluruhannya.
Kira-kira 60 peratus selebihnya ialah kekayaan tidak ketara atau intangible capital. (Ketara bererti jelas dan nyata, kata Kamus Dewan).
Hasil kasar negara-negara maju pula, seperti Switzerland, AS, Jepun, Jerman, Sweden dan lain-lain merupakan kira-kira 20 peratus daripada jumlah kekayaan seluruhnya, justeru kekayaan yang tidak ketara ialah kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan itu.
Ini menunjukkan bahawa kita perlu membesarkan kekayaan kita yang tidak ketara sebelum kita menjejak kaki ke dalam arena dunia maju yang sering dipanggil negara pertama. Bertolak dari itu, AS yang kini mempunyai hasil kasar $17 trilion GDP, memiliki kekayaannya yang tidak ketara $85 trilion. ($1 trilion = $1,000,000, 000,00).
Kekayaan ketara menjadi perhitungan GDP, seperti nilai produk-produk yang dihasilkan oleh kilang dan alam serta perkhidmatan. Kekayaan tidak ketara termasuk kualiti modal insan: pengetahuan, kesihatan, bakat, kepakaran dan ‘knowhow’.
Kualiti begitu akan hanya memberi makna sebenar apabila asas-asas kehidupan mereka dan institusi-institusi yang menyokong kehidupan itu sama-sama wujud dengan baik dan betul.
Sejauh mana mereka mempunyai keyakinan dan akur kepada kuat kuasa sesuatu perjanjian, hak pemilikan harta, integriti polis dan mahkamah serta setakat mana kemungkinan jenayah serta keganasan boleh berlaku, menjadi komponen utama dalam perhitungan kekayaan tidak ketara.
Ini bererti undang-undang yang menjaga rukun hidup rakyat yang bertamadun harus dihormati dan tidak dipertikaikan, selaras dengan pelaksanaan dan penguatkuasaannya.
Apabila rakyat ragu dan tidak yakin terhadap undang-undang dan penguatkuasaannya, maka sebahagian besar kekayaan tidak ketara itu terjejas.
Ini memandangkan sebahagian besar sumber dan belanja harus dibazirkan yang sepatutnya disalurkan untuk maksud yang produktif dan menguntungkan.
Kita telah sebutkan kualiti modal insan. Kualiti ini tentunya mencakupi nilai perhubungan antara satu sama lain.
Tidak mungkin masyarakat boleh menghasilkan sesuatu yang baik jika masing-masing bersikap sinis terhadap sebarang janji dan tutur kata dalam kehidupan harian. Ini bukan bererti manusia di negara-negara maju sentiasa bercakap benar dan tidak bohong. Jauh sekali. Namun peratusannya kecil.
Peratusan kecil ini mampu dikawal oleh pelaksanaan undang-undang dan mahkamah. Ertinya, budaya penipuan dan tidak amanah tidak menjadi budaya dominan.
Contoh kental dalam skala amanah ini ialah Alger Hiss, seorang pegawai yang menubuhkan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lebih 60 tahun dulu, ketika PBB mengasaskan struktur organisasinya di New York. Beliau seorang pegawai tinggi di Jabatan Negara (kementerian luar) AS, dianggap sebagai potensi calon Presiden AS.
Beliau dituduh menjadi spy komunis Soviet. Beliau menafikannya. Richard Nixon (Congressman, Senator dan Presiden AS 1968) mengetuai penyiasatan.
Dipendekkan cerita, dengan bukti yang ketara, Hiss didapati berbohong. Maka gugurlah Hiss sebagai pelaksana PBB, tersingkir beliau dari Jabatan Negara dan permit beliau sebagai seorang peguam dimansuhkan.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1996 dalam usia 92. Seluruh kehidupannya berkecai kerana berbohong, meskipun bohongnya tidak merugikan sesiapa.
Dua pakar Bank Dunia, Susana Ferreira dan Kirk Hamilton, merumuskan bahawa usaha membesarkan kekayaan ketara negara harus melalui pembesaran kekayaan tidak ketara berkali ganda.
Di samping kualiti modal insan, sikap amanah dan percaya-mempercayai sesama sendiri harus diluaskan; keyakinan kepada institusi pentadbiran dimantapkan; integriti mahkamah dan polis dalam menentukan buruk-baik dan salah benar dikemaskan, sehingga pada keseluruhannya rakyat berasa selamat, aman dan tidak tergugat ketika menjalankan aktiviti hidup masing-masing.
Berdasarkan hakikat itu, kita boleh membayangkan betapa banyak kekayaan negara yang ketara yang diistilahkan sebagai GDP atau GNP boleh dihasilkan.

0 Komentar untuk " Pentingnya harta tidak ketara "