Patutkah PAS keluar Pakatan? - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Patutkah PAS keluar Pakatan?

"Assalamualaikum,,  Semenjak krisis MB Selangor, timbul polimik mengenai masa depan PR.Timbul suara suara pro dan kontra  mengenai kewajaran PAS kekal atau keluar dari PR.

Kehangatan polimik ini terlebih dahulu dimulakan dengan tertubuhnya Pasma dan Geng Ustaz yang berjuang menentang dan mempertahankan kepimpinan ulamak.Sekali pandang nampak macam berlaku pertembungan antara Islam yang syumul dengan lslam ala Mustafa Kamal Artattuk atau sekular yang mengasingkan antara ibadat khusus dengan pengurusan dunia.

Pasma mahu PAS dipimpin olih pemimpin politik sekular sekaligus mahu menampilkan Islam yang hanya ibadat khusus sahaja tetapi soal pengurusan dunia tertakluk kepada kesejagatan yang diterima olih akal semata mata.Geng Ustaz pula agak aggresif mempertahankan kepimpinan ulamak yang siang malamnya berusaha beramal dengan seluruh panduan Islam baik ibadat khusus ataupun urusan dunianya.

Pertembungan ini melihatkan pergeseran dalaman sehingga memaksa PAS mengeluarkan arahan rasmi kepada ahlinya agar tidak menyokong Pasma dan pada masa yang sama Geng Ustaz dipantau dengan satu pertemuan diatur.Terdapat gesaan dari luar PAS juga.Ada gesaan yang menggesa PAS supaya mengugurkan prinsipnya dan mengikut apa yang diputuskan oleh PR.Gesaan ini datang dalam berbagai bentuk.Ada yang mendesak PAS melupakan hududnya dan ada yang meminta PAS menangguh dulu hasrat melaksanakan hudud di Kelantan dan menumpukan kepada isu yang lebih besar.

Sementara itu terdapat juga suara suara sumbang meminta PAS keluar PR dan berjuang sendiri.Suara sumbang sebegini kekadang menyakitkan telinga kerana hakikatnya, kepimpinan PAS yang dianggap tidak cerdik itu sudahpun mengkaji baik buruknya.Pengalaman dipersendakan olih UMNO sepatutnya disedari olih pengeluar suara suara sumbang ini dan pengalaman turut ditentang olih DAP seharusnya memberi jalan yang jelas kepada PAS.Seharusnya penyumbang suara ini lebih peka dengan  kenyataan Cikgu Pa yang menyebut PAS tidak akan berganjak dari pendiriannya dan akan melihat perkembangan sama ada PR dapat diteruskan atau tidak.Begitu juga ingatan Ustaz Nasarudin agar parti parti dalam PR harus bertolak ansur kalau mahu PR dikekalkan.

Olih itu suara suara sumbang menuntut PAS keluar PR seharusnya dihentikan.Polimik harus diteruskan bagi menyedarkan pihak pihak terbabit  supaya lebih berhemat dalam mengeluarkan kenyataan dan mengambil apa apa tindakan.Langkah Kajang seharusnya menjadi iktibar agar tiada lagi langkah serupa diambil olih mana mana pihak dalam PR.Begitu juga mencampuri urusan parti lain terutama yang menyentuh prinsip perjuangan juga perlu dihentikan.

Kalau tidak jangan salahkan PAS kalau PR tidak dapat bertahan.

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik

0 Komentar untuk " Patutkah PAS keluar Pakatan? "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ