PAS, parti politik berprinsip atau menjaga kepentingan? - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

PAS, parti politik berprinsip atau menjaga kepentingan?

Sumber dalam PAS berkata, mereka akan mendapat manfaat daripada kerusi tambahan di kawasan majoriti Melayu, terutama di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis jika sekiranya persempadanan semula dijalankan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Disember, 2014.

PAS kini berada dalam keadaan serba salah: sama ada untuk menyokong persempadanan semula kawasan Pilihan Raya oleh Suruhanjaya pilihan raya (SPR), yang bakal mewujudkan lebih banyak kerusi majoriti Melayu-Islam.

Atau menentangnya bersama-sama dengan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR), yang percaya hanya dengan cara itu sahaja Barisan Nasional (BN) akan meningkatkan kerusi dan seterusnya mendapatkan kuasa 2/3 majoriti semula di Parlimen selepas kehilangannya dalam kedua-dua pilihan raya umum yang lalu.

Sumber dalam parti Islam itu berkata, mereka akan mendapat manfaat daripada kerusi tambahan di kawasan majoriti Melayu, terutama di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis jika sekiranya persempadanan semula itu dijalankan.

Empat negeri itu tidak mendapat kerusi tambahan apabila persempadanan kawasan pilihan raya dibuat pada tahun 2003, yang sumber itu percaya ia bertujuan menyekat kemaraannya selepas menang besar dalam pilihan raya umum 1999.
"PAS kini berada dalam dilema. Ditelan mati emak, diluah mati bapa," kata seorang pemimpin kanan PAS.

Ia sebenarnya bukan satu dilema bagi PAS.

Parti politik Islam itu hanya perlu memutuskan sama ada mahu memenuhi segala janji kepada sekutunya dalam PR dan pengundi yang menyokong gabungan itu atau bertindak atas kepentingan sendiri dengan menyertai BN dalam menambahkan penguasaannya di Parlimen.‎

52% daripada pengundi menyokong PR yang menjanjikan tadbir urus yang baik, sebuah negara Islam berkebajikan dan adil untuk semua – sama seperti baki 47% yang mengundi untuk tetap bersama BN.

Satu-satunya perbezaan adalah BN bertahan sebagai kerajaan kerana pengundi tidak sama rata di setiap kerusi persekutuan, terutama di kawasan luar bandar yang mempunyai jumlah pengundi jauh lebih kecil berbanding di kawasan bandar.

Jika PAS percaya persempadanan semula kawasan pilihan raya di empat negeri Melayu akan membantu, maka ia adalah delusi.

Dalam sejarah terbaru, parti Islam hanya mampu bertahan satu penggal sahaja di Kedah dan Terengganu, tidak seperti pemerintahan yang panjang di Kelantan.

Malah, orang-orang Islam di negeri majoriti Melayu turut menolak mereka, bukan yang lain. Apakah peluang mewujudkan lebih banyak kerusi bermakna akan mewujudkan bahagian lebih besar untuk PAS?

Kosong. Kerana satu-satunya pihak yang mendapat kelebihan daripada gabungan kerusi persekutuan adalah BN, terutama ahli-ahli politik yang percaya Melayu perlu bersatu untuk memastikan ketuanan Melayu.

Kepimpinan PAS perlu berfikir jauh dan mendalam mengenai perkara ini, terutama mereka yang berusaha mendekati komuniti lain. PAS perlu membuat keputusan mana lebih penting, prinsip atau kepentingan.

Ikrar untuk bersama dalam satu gabungan dan janji-janji yang dibuat kepada rakyat atau hanya kepentingan untuk menang kerana etnik dan agama.

Sekutu lain, PKR dan DAP juga perlu memutuskan apa makna gabungan PR. Satu kumpulan parti yang longgar, hanya berminat untuk memenangi kuasa tanpa dasar sosial dan ekonomi yang konkrit atau gabungan yang mahukan negara lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Justeru, ia melampaui agama, sekolah vernakular, harga minyak dan kereta lebih murah atau turun ke jalanan membuat protes.

Dua pilihan raya menyaksikan PR menunaikan janji menjadi lebih baik daripada BN. Pilihan raya akan datang pastinya berdasarkan kepada pencapaian rekod PR dan BN – bukan janji yang hanya tinggal janji. – 22 Disember, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-parti-politik-berprinsip-atau-menjaga-kepentingan#sthash.dGfCMTe9.dpuf
0 Komentar untuk " PAS, parti politik berprinsip atau menjaga kepentingan? "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ