Nakhoda lebih tahu kenapa henti kapal di tengah lautan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Nakhoda lebih tahu kenapa henti kapal di tengah lautan

PERMATANG PAUH: Nakhoda kapal lebih tahu kenapa memberhentikan kapal di tengah lautan tanpa bertindak memberhentikan enjinya, kata Setiausaha Majlis Syura Uamak PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk Memahami Konsep Syura Dan Aplikasinya Dalam Perjuangan Islam dan seterusnya merasmikan Ijtimak Tarbawi 4.0 di Yayasan An-Nahdhoh, dekat sini malam tadi.

Katanya, sebagai seorang nakhoda yang diamanahkan membawa kapal tentunya berilmu dalam pelayaran dan anak kapal jangan pula memandai-mandai meninggikan suara kononnya mahu membetulkan keadaan.

"Nakhoda lebih arif tentang pelayaran. Dia bertindak mengikut ilmu yang ada padanya, bukan disebabkan merasa bangga apabila dilantik menakhodakan kapal tetapi berpandukan ilmu yang dipelajari. Maklumlah mungkin ada batu besar yang menunggu di hadapan," jelasnya.

Menurutnya, semasa nakhoda bertindak begitu maka ada dalam kalangan anak kapal bertindak pula menebuk lubang kononnya kecewa hasil kelakuan nakhoda yang dianggap sudah 'pening' dan tidak layak menakhodakan kapal besar.

Tambahan pula, apabila di hadapan ada ribut besar yang menanti mungkin bagi anak kapal peluang untuk menempuhnya terlalu sukar.

Nakhoda katanya, berhak memberhentikan kapal sambil mematikan enjin, adakalanya menghentikan kapal sahaja tanpa mematikan enjin.

Tambahnya, nakhoda bertindak menjatuhkan sauh dan ada sekadar berhenti tanpa menjatuhkan sauh.

"Jangan ditanya adakah tindakan nakhoda itu betul atau salah sebab kepandaian ada padanya. Kita sebagai anak kapal laksanakan kerja saja," ujarnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Hadir sama dalam program anjuran Lajnah Tarbiyah Pemuda PAS Malaysia ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, timbalan dan naibnya, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ir Khairil Nizam Khirudin dan Pengetua An-Nahdhoh, Ustaz Mutalib Maarof. - HARAKAHDAILY 6/12/2014

0 Komentar untuk " Nakhoda lebih tahu kenapa henti kapal di tengah lautan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ