KENYATAAN Tun Abdul Hamid Mohamad, mantan ketua hakim negara pada 23 November 2014 ketika menentang cadangan kerajaan meminda Akta Hasutan 1948 mendapat perhatian ramai.
Ketegasan Tun Abdul Hamid bersama pejuang lain, termasuk Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dengan sokongan NGO Melayu akhirnya memaksa kerajaan menarik balik pindaan akta terbabit.
Semua pejuang dan NGO Melayu anti-pindaan Akta Hasutan 1948 pasti berasa lega dan berpuas hati dengan keputusan ini. Namun, seperti diperingatkan Tun Abdul Hamid, cabaran lebih hebat sedang menanti: “Masalah yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang bukan sekadar melibatkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Hasutan 1948… Masalahnya adalah orang Melayu menghadapi ancaman akan menjadi ‘Red Indian’ di tanah air sendiri!”
Penghapusan bangsa Red Indian
Perhatikan betapa malangnya nasib bangsa Red Indian. Sekali pun hak asasi sebagai bumiputera Amerika diiktiraf, akhirnya mereka langsung kehilangan kuasa, pengaruh dan kedudukan hingga terlepas peluang dan kesempatan membentuk identiti mewarnakan jati diri bangsa Amerika.
Bangsa Red Indian terdiri daripada berbagai suku kaum dan kabilah keturunan atau tribe. Mereka bersaing dan kerap berperang antara satu suku kaum dengan lain.
Namun, sebelum kedatangan orang putih, konflik dan peperangan sesama bangsa Red Indian mengguna senjata tahap rendah, tidak sampai ke tahap memusnah dan membunuh beramai-ramai.
Setelah orang putih bangsa Eropah tiba ke Amerika, penggunaan senjata canggih dan teknologi peperangan moden membuatkan bangsa Red Indian mudah ditewaskan, ditindas, didominasi, juga dibunuh.
Ramai sejarawan merekodkan pembunuhan zalim beramai-ramai berulang kali dilakukan orang putih terhadap Red Indian, iaitu satu tindakan “genocide” dalam istilah hari ini.
Fakta sejarah turut membuktikan bukan sahaja senjata dan peperangan digunakan untuk menghapuskan bangsa Red Indian. Apa yang dipanggil “cultural genocide” atau pemusnahan nilai hidup dan budaya jauh lebih besar impak dan mendalam kesannya, kerana ia bukan sahaja mematahkan semangat, malah langsung memusnahkan jiwa dan jati diri bangsa Red Indian.
Antara “senjata” budaya digunakan termasuk apabila Red Indian dimabukkan alkohol oleh orang putih; juga jangkitan berbagai penyakit bawaan orang putih seperti tibi yang tidak dapat diatasi imuniti tahap rendah bangsa Red Indian.
Sesungguhnya sejarah Red Indian dipenuhi tragedi kezaliman, kekejaman dan penganiayaan dilakukan ke atas mereka.
Sebagai contoh, di satu ketika, ramai Red Indian berebut-rebut menggunakan selimut yang diberikan percuma oleh orang putih atas dasar “kebajikan dan peri kemanusiaan” - setelah selimut sengaja disimbah kuman tibi bertujuan menghapuskan Red Indian dengan kaedah lebih murah, cepat dan mudah.
Lebih buruk daripada Red Indian?
Prospek Melayu menghadapi masa depan serupa Red Indian, iaitu Bumiputera yang kehilangan hak di bumi sendiri mesti dianggap ancaman serius.
Sebelum merdeka lagi, kuasa pemerintahan di tanah Melayu dan Malaysia cuba dirampas pengganas komunis menggunakan senjata dan kekerasan. Setelah gagal, tidak hairan jika selepas merdeka terdapat pula kelompok yang menggunakan saluran politik untuk mencapai matlamat sama, menyelimutkan strategi halus dengan menggunakan undang-undang dan kaedah legitimis demokrasi.
Justeru, bagi Melayu musuh kali ini payah dikenal pasti. Mereka datang dari sudut tidak disedari, mengguna senjata tidak dikenali. Apa pun, jika gagal, tragedi lebih buruk pasti menanti, kerana tidak seperti Red Indian, Melayu warga majoriti pemegang teraju pemerintahan negara.
Persoalannya: Sekali pun warga majoriti dan raja-raja Melayu bertakhta sejak berabad, kenapa Melayu berasa terancam? Hak dan kepentingan Melayu termaktub dalam Perlembagaan.
Perdana Menteri sejak merdeka semuanya Melayu, dan kemungkinan bukan Melayu dilantik PM atau Menteri Besar di negeri Melayu beraja hampir mustahil terjadi. Namun kenapa ramai Melayu masih cemas, resah dan gelisah, tidak yakin terhadap masa depan anak cucu?
Apakah kerana ramai melihat kuasa dan takhta di tangan tidak memanfaatkan Melayu? Apakah kerana semuanya mudah “dibeli” orang lain yang lebih kaya dan berharta, atau diperalat seumpama takhta dan istana raja-raja Melayu diguna dan diperalat penjajah British di zaman penjajahan?
Atau apakah kerana Melayu berasakan semua peruntukan undang-undang, juga institusi untuk melindungi kepentingan Melayu, termasuk hak keistimewaan Melayu, tanah rizab Melayu dan seumpamanya, semuanya dikompromi setelah terlalu lama dilupai, terketepi, atau dipandang sepi oleh pemimpin Melayu sendiri yang diamanahkan dengan pangkat dan kuasa?
Awasi “selimut nafsu-nafsi”
Jika kelemahan Melayu berkelangsungan, yang wajib dipersoalkan kerana telah gagal menjalankan tugas dan menyempurnakan kewajipan ialah pemimpin dan penguasa Melayu sendiri yang selama ini gagal membawa pembaharuan bermakna.
Apakah kerana pemimpin Melayu melampau kecil jiwa, takut kepada bayang-bayang lalu tunduk kepada semua orang lain yang kelihatan lebih sofistikated, lebih tinggi darjat dan lebih berharta, lalu dianggap lebih mulia?
Saya bertanggapan antara punca kelemahan pemimpin Melayu berlaku apabila ramai lupa jati diri, hilang semangat kepahlawanan bangsa dan terhakis roh Islam serta jiwa jihad dalam hati sanubari.
Semua ini mudah hilang dan lenyap terutama apabila Melayu terlalu lama memakai “selimut” warisan penjajahan ditenun mengikut corak kapitalis Barat, mengakibatkan suburnya sikap Melayu melampau individualistik nafsu-nafsi.
Lalu keutamaannya ialah memperjuangkan kepentingan diri dan peribadi, merebut pangkat dan mengaut harta, langsung membunuh jiwa ijtimaai dan mematikan semangat mengutamakan kepentingan besar agama bangsa dan negara.
Perhatikan: Fenomena sama berlaku kepada kaum Cherokee, satu suku kaum Red Indian di Amerika Utara. Seperti saya tulis dalam buku "Khalifah ganti Superman”, sebelum kedatangan orang kulit putih, bangsa Cherokee adalah satu-satunya bangsa Red Indian yang tinggi budaya dan berjaya membentuk sistem peradaban serta institusi pemerintahan berteraskan hak milik bersama ke atas harta kekayaan.
Namun, setelah ditewaskan orang putih, sistem budaya mereka dimusnahkan, iaitu satu peristiwa yang disifatkan oleh seorang penulis Barat sebagai pembunuhan budaya atau “cultural genocide” .
Malang yang menimpa bangsa Cherokee jelas berpunca daripada perbezaan nilai budaya. Ciri nilai budaya yang bertentangan dengan nilai individualistik dianggap orang kulit putih Amerika sebagai ”nyamuk” yang memberi mereka alasan untuk “membakar kelambu” bangsa Cherokee.
Matlamat sebenar ialah untuk memaksa bangsa Cherokee berpindah ke pedalaman demi mendapatkan emas yang terdapat dalam tanah yang mereka duduki ketika itu di California.
Biarpun Melayu-Muslim Malaysia mempunyai nasib jauh lebih baik berbanding Red Indian bangsa Cherokee, kita harus menjadikannya sebagai iktibar dalam mengatur strategi mencari masa depan lebih cemerlang.
Sebagaimana bangsa Cherokee, Melayu-Muslim kini diancam nilai hidup individualistik anjuran Barat, disalurkan menerusi sistem kapitalis mengutamakan kepentingan bisnes swasta nafsu-nafsi yang diciplak dari Barat, terutama dari Amerika Syarikat.
Kesimpulannya, apakah Melayu harus biarkan sahaja bangsanya berkelangsungan diselimutkan dengan selimut Barat yang disimbah kuman wabak penyakit individualistik nafsu-nafsi kapitalis ekstrem sehingga memusnahkan roh dan jiwa Islam benteng utama kekuatan bangsa?
Tidakkah pemimpin Melayu sebagai pejuang Islam berkewajipan membuang selimut kepentingan peribadi lamanya, sebaliknya mengutamakan matlamat besar perjuangan?
Tiba masanya pemimpin dan penguasa Melayu berjihad memperjuangkan agenda besar agama, bangsa dan negara dengan mengetepikan kepentingan sempit peribadi.
Tiba masanya juga semua lapisan pemimpin Melayu menyempurnakan tugas dan kewajipan kepimpinan menepati maksud ayat al-Qur’an (Surah al-Muddaththir – ’Orang yang berselimut’, 74:6) "Dan janganlah engkau memberi (sesuatu dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.”

0 Komentar untuk " Melayu jadi Red Indian? "