Ketidakseimbangan politik - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Ketidakseimbangan politik

Wawasan 2020 Malaysia mungkin tidak berhasil untuk kaum Melayu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Disember, 2014.

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mencerna perkataannya. Tidak pernah sejak karier politiknya bermula dan juga tidak sekarang, lebih sedekad selepas turun daripada takhta kepimpinan negara sebagai perdana menteri keempat.

Namun, ada hari kita tertanya dari mana asal beliau. Hari ini, beliau berkata, pegangan kuasa politik Melayu kian lemah berpunca daripada perpecahan antara mereka sehinggakan perlu merayu untuk mendapatkan sokongan daripada kaum lain untuk kekal berkuasa.

"Sekarang Umno, PKR, dan PAS terpaksa merayu kepada DAP untuk menang pilihan raya. Apabila kita menjadi pengemis kita tidak lagi ada kuasa," katanya, ketika berucap di Program Kepimpinan Belia di Kuala Lumpur, hari ini.

Tambahnya, sekiranya negara mencapai status negara maju, kaum Melayu akan terus ketinggalan.
"Ini nasib kita sekarang. Kita merancang untuk mencapai status negara maju menjelang 2020. negara kita mungkin akan mencapainya. tetapi disebabkan perpecahan, apa yang kita rancangkan dalam Wawasan 2020 (untuk Melayu) mungkin tidak terhasil," katanya, mengulangi kata-katanya sejuta warga Cina dan India diberi kerakyatan selepas merdeka pada 1957 yang menyebabkan pudarnya kuasa Melayu.

Kenyataan itu amat pelik, dikeluarkan individu yang berucap jauh ke hadapan pada 1991 mendefinisikan Wawasan 2020 Malaysia sebagai negara maju.

Beliau juga menyeru pembentukan Bangsa Malaysia, dan sukar mendengarnya berucap mengenai dominasi politik oleh sesetengah kaum.

Ini apa yang dikatakan Dr Mahathir ketika itu, "Menjelang 2020, Malaysia akan menjadi negara yang bersatu, dengan keyakinan rakyat Malaysia, disokong oleh nilai moral dan etnik, hidup di dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertoleransi, penyayang, kesaksamaan dan keadilan ekonomi, maju dan makmur, serta memiliki pegangan penuh ekonomi yang dinamik, berdaya maju, serta pesat."

"Tidak akan ada Malaysia yang maju sehingga kita akhirnya menangani sembilan cabaran utama yang menghalang kita sejak saat kita dilahirkan sebagai negara yang merdeka.”

"Cabaran pertama adalah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama.

"Cabaran kedua adalah mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri.

"Cabaran ketiga adalah dengan mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.

"Cabaran keempat, mewujudkan masyarakat yang beretika dan bermoral tinggi. Kesinambungan kepimpinan jayakan Wawasan 2020.

"Cabaran kelima, mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur.

"Cabaran keenam mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.

"Cabaran ketujuh mewujudkan masyarakat yang penyayang.

"Cabaran kelapan adalah dengan memastikan ekonomi masyarakat yang seimbang, di mana pengagihan kekayaan negara adalah adil dan saksama.

"Manakala cabaran ke sembilan pula adalah mewujudkan masyarakat yang berjaya dengan ekonomi yang berdaya saing, dinamik, teguh dan kental sepenuhnya."

Namun, hari ini, Dr Mahathir memainkan nada yang berbeza. Mungkin kita tidak menganalisis ucapannya pada 1991 yang menjanjikan Bangsa Malaysia yang mana dominasi politik perkauman langsung tidak disentuh.

Beliau bagaimanapun menggesa rakyat Malaysia untuk bekerjasama menangani semiblan cabaran yang dikenalpastinya. Dan ketika itu, ketidaksamarataan kekayaan antara kaum berjalan lanjar seperti mana ketidaksamarataan politik.

Tapi, apa yang lebih penting, bermula zaman Tunku Abdul Rahman sehingga perdana menteri sekarang, Datuk Seri Najib Razak – Umno bekerjasama dengan parti politik yang mewakili kaum.

Parti itu sedar mereka tidak mampu mentadbir Malaysia bersendirian. Lebih-lebih lagi penguasaan Barisan Nasional (BN) sejak beberapa tahun kebelakangan ini mengakibatkan MCA, MIC, dan Gerakan, serta PPP kehilangan kerusi Parlimen dan negeri mereka.

Bukan Tun, Melayu tidak perlu merayu kepada bangsa lain untuk berkuasa. Kita semua rakyat Malaysia, Bangsa Malaysia kamu, dan kami melihat lebih dari warna kulit dan etnik ketika menentukan kerajaan pemerintah.

Apa yang dicari rakyat Malaysia adalah kejujuran dan kerajaan yang rajin. Kerajaan yang menjadikan sembilan cabaran itu sebagai panduan untuk Malaysia yang lebih baik.

Kami bukan negara Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban, Orang Ulu, dan Orang Asli. Kita negara Malaysia, dan bukannya mereka yang lemah politik sehingga terpaksa merayu untuk terus berkuasa.

Siapa pun memerintah negara atau parti, asalkan mereka warganegara dan melaksanakan tugas dengan baik untuk rakyat Malaysia. – 20 Disember, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketidakseimbangan-politik#sthash.2cZHYw8O.dpuf
0 Komentar untuk " Ketidakseimbangan politik "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ