Kenapa DAP buat buat tak Faham? - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Kenapa DAP buat buat tak Faham?

Assalamualaikum,, Semakin berdengong suara DAP selepas ketiadaan Karpal Singh.Hudud nampaknya ditentang sehingga keluar "urat mereh" kata orang Teganu.Peliknya Hudud baru nak diusahakan di Kelantan tetapi DAP dah berdengong.Apakah DAP tidak faham dengan sistem demokrasi negara kita?

Apakah DAP tidak faham dengan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri negeri? Selama ini mahkamah syariah yang tidak syariah telah lama wujud di negara kita di bawah bidang kuasa negeri.Pelik sekali kalau DAP tak tahu apakah kesalahan yang bolih dibawa ke mahkamah syariah.Agak mustahil rasanya DAP tidak mengetahui apatah lagi ketika bersetuju untuk bersama dalam PR dengan PAS.

PR dibentuk atas persamaan antara ketiga tiga parti bukan perbezaan.Persetujuan dan tindakan dibuat atas asas ini, sementara perbezaan yang ada tidak ada kata putus.Olih itu gesaan DAP supaya PAS mematuhi semua agenda PR tidak termasuk perlaksanaan hudud di Kelantan yang mana undang undang mengenainya telah lama diluluskan olih DUN sebelum PR terbentuk lagi.

Permintaan agar PAS menggugurkan hudud amat biadap.Apatah lagi permintaan itu dibuat ketika DAP sebagai parti politk yang matang sudah arif dengan sistem demokrasi negara.Malah kenyataan pemimpin utamanya bahawa orang Islam sendiri tidak bersedia menerima hudud amat keterlaluan.Mana hak dia bercakap begitu terhadap orang Islam, Mana hak dia mencampuri urusan ugama orang Islam? Apakah dasar Malaysian Malaysianya menyebabkan dia menjadi baidap begitu? Kalau begitu PAS juga bolih mempertikaikan dasar itu seperti DAP mempertikaikan hudud.

Itu satu hal.Hal yang lebih penting ialah hudud tidak ada kena mengena dengan bukan Islam atau DAP.Penguatkuasaannya hanya untuk orang Islam sementara bukan Islam yang terbabit dengan kesalahan hudud diberi pilihan  samada mahu dibicarakan dibawah hudud atau undang undang yang digunapakai untuk bukan Islam.Mungkin di sinilah puncanya DAP atau bukan Islam menentang.Sebab sekarang ini kalau ada bukan Islam yang terbabit dengan kesalahan syariah bersama orang Islam, cuma orang Islam itu saja yang bolih didakwa tetapi bukan Islam bebas.

Apa ker jadahnya mereka takut begitu, apakah untuk membolihkan bukan Islam terus melakukan kesalahan syariah terutamanya zina dan khalwat bersama orang Islam seperti sekarang?Kalau itulah sebab penentangan, ternyata DAP tidak menghormati Islam.Sepatutnya atas dasar hormat mereka harus mengajar bukan Islam agar tidak terlibat dengan kesalahan syariah tersebut bersama orang Islam.

DAP tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menentang hudud!

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik

0 Komentar untuk " Kenapa DAP buat buat tak Faham? "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ